'Patut Bergson mula', aksi longlai Obregon buat fans muak, mahu 'dibeku' aksi ACL akan datang


  • Podium
  • Selasa, 05 Nov 2024

Bergson membuktikan dirinya masih penting buat skuad Harimau Selatan meskipun dengan kehadiran Obregon. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) memberikan kelemahan keempat buat Ulsan HD dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite musim ini selepas membenam juara Liga Korea Selatan itu di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa.

Gol daripada Arif Aiman Hanapi, Oscar Arribas dan Bergson da Silva menyaksikan skuad Harimau Selatan meraih kemenangan kedua mereka dalam peringkat kumpulan.

Tiga mata yang dikutip itu turut menyaksikan JDT menduduki tangga ketiga selepas empat perlawanan dengan tujuh mata sudah dikutip dengan ia mencerahkan lagi peluang mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.

BACA LAGI: Sudah muncul juara Liga Korea, Pan-gon kini fokus berdepan JDT di ACL Elite

BACA LAGI: Letak tepi teruja jumpa bekas anak murid, Pan-gon lebih gerun beraksi di SSI

465694356_1130833365079305_1895539678154177250_n

Obregon (kiri) kerap mensia-siakan peluang dihidangkan rakan sepasukan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun, di sebalik kemeriahan di laman sendiri itu, penyokong jaguh Liga Super berkenaan masih kurang berpuas hati dengan persembahan import di barisan serangan, Jorge Obregon.

Dia yang beraksi selama 53 minit itu berkali-kali mensia-siakan peluang daripada rakan sepasukan, terutamanya pada babak pertama sehingga mendesak pengendali pasukan, Hector Bidoglio mengeluarkannya.

Jadi, penyokong yang mula muak akan persembahan longlainya mula mengharapkan penyerang kelahiran Colombia itu diketepikan bagi aksi selepas ini, terutamanya dalam kempen ACL Elite.

"Sepatutnya Bergson yang memulakan permainan, kalau tidak kita sudah dapat membenam Ulsan HD dan Kim Pan-gon sehabis-habisnya," kata Sai Tamak.

465713306_1130833595079282_5622085791286947346_n

Arif Aiman juga sempat mencetak satu jaringan peribadi buat dirinya. Facebook/JOHOR Southern Tigers

"Itulah jadi apabila Bergson dapat dimasukkan lebih awal, jika hendak diharapkan Obregon memang tak cubalah selagi bola tidak sampai ke kakinya," kata Nazri Sulaiman.

"Bergson ajar Obregon cara sebenar untuk menjadi seorang penyerang. Moga bermain dengan betul-betul selepas ini," kata Cekgu Daus.

Obregon dibawa masuk JDT pada jendela perpindahan kedua Liga Super dengan harapan kehadirannya dapat mengurangkan beban dipikul Bergson yang semakin berusia.

Namun, meskipun sudah mencetak beberapa gol di peringkat domestik, pemain berkenaan masih bergelut untuk memberikan persembahan terbaik, lebih-lebih lagi ketika beraksi di pentas Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram