PENYOKONG Johor Darul Ta'zim (JDT) pastinya tertanya-tanya dengan keputusan Hector Bidoglio yang sering ketepikan penyerang berbisa, Bergson da Silva ketika menjalani tugas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Bidoglio dilihat lebih mengutamakan seorang lagi penyerang import, Jorge Obregon semasa tugasan Asia. Tetapi, impak sederhana yang ditampilkan pemain itu mengecewakan penyokong.
Kini, Bidoglio mendedahkan yang percaturan tersebut adalah faktor taktikal untuk memastikan JDT meraih kemenangan.
BACA LAGI: 'On fire' di JDT, kepulangan Natxo Insa ke Harimau Malaya buat ramai tak senang duduk
BACA LAGI: Kurang minit permainan bukan penghalang, penjaga gol JDT kongsi 'rahsia' cemerlang di ACLE
Bergson (kiri) menjaringkan gol ketika JDT kalahkan Ulsan HD.
"Obregon adalah seorang pemain yang baik yang bagus dalam melakukan hold-up play dan banyak membantu apabila kami melakukan tekanan tinggi. Bergson juga melakukan perkara sama tapi kedua-dua pemain mempunyai perwatakan berbeza.
"Kedua-duanya adalah penyerang dan mereka mempunyai cara berbeza apabila berfungsi di depan dan saya gunakannya ketika berdasarkan taktikal saya," ujar Bidoglio.
Dalam masa yang sama, Bidoglio menegaskan yang dia mempunyai beberapa pemain lain yang boleh menguatkan barisan serangan JDT seperti Romel Morales, Arif Aiman dan Heberty Fernandes.
"Saya mempunyai ramai pemain yang berkualiti. Bukan setakat Heberty dan juga Bergson, saya juga mempunyai Romel Morales yang mempunyai kualiti tersendiri apabila menyerang.
"Selain itu, saya ada juga pemain serangan yang berkualiti seperti Arif Aiman dan Heberty Fernandes. Saya ada ramai pemain serangan yang bagus, dan mereka meletakkan pasukan sebagai matlamat utama," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram