Tewaskan PDRM di Selayang, fans Jang pelik NSFC lebih hebat di tempat lawan berbanding laman sendiri


  • Podium
  • Jumaat, 29 Nov 2024

Negeri Sembilan mendahului PDRM 2-0 di Selayang.

NEGERI Sembilan FC memastikan mereka berjaya ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaska PDRM FC 3-0 dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik.

Bertemu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang pada Jumaat, skuad kendalian K. Nanthakumar bermain baik untuk mendapatkan kemenangan 3-0 untuk mara dengan agregat 4-2.

Gol daripada Jacque Faye, Hadin Azman dan A. Selvan memastikan mereka menempah tempat ke pusingan seterusnya.

BACA LAGI: Bolos 2 biji pada masa kecederaan, ramai anggap coach NSFC tak buat 'homework' gari Ifedayo

BACA LAGI: Bukan sahaja fans JDT, penyokong Jang ikut berang NSFC pilih 'parking bas' di laman sendiri

Kemenangan itu disambut baik oleh penyokong-penyokong kelab, namun ia disusuli dengan rasa pelik bin ajaib kerana Negeri Sembilan hanya mampu menang di tempat lawan.

Berbanding di laman sendiri, skuad Jang mengalami masalah untuk meraih kemenangan. Sebaliknya, rekod di tempat lawan musim ini lebih baik buat mereka.

"Perlawanan di tempat sendiri perform, di tempat lawan power. Lain macam Negeri Sembilan musim ni," kata penyokong bernama Ganesh Kumar.

"Tak bagus di Paroi, belum menang lagi tapi handal di tempat lawan. Tahniah," ujar Aiman Azhar.

"ALHAMDULILLAH, handal pula main. Selalu melingkup," komen Jeffrisham Baharuddin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram