Lagi sekali berdepan cuaca sejuk, fans JDT risau 'tragedi' di Korea Selatan berulang


  • Podium
  • Selasa, 26 Nov 2024

JDT sekali lagi berdepan cuaca sukar dalam tugasan ACLE.

IGAUAN kekalahan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada kelab Korea Selatan, Gwangju FC dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dilihat bakal menjelma lagi apabila mereka bertemu wakil China, Shandong Taishan pada Selasa.

Kekalahan kepada kelab Korea Selatan itu mencalar rekod baik JDT di ACLE dengan mereka sudah pun menghasilkan satu kekalahan daripada empat perlawanan.

Bertemu Shandong yang kini menduduki tempat kesepuluh carta ACLE zon Timur, JDT masih dilihat mempunyai peluang untuk membawa tiga mata.

BACA LAGI: Tinggalkan komen 'menyala' di Instagram import JDT, ramai tak sabar tunggu kehadiran bintang Gwangju bersama Harimau Selatan

BACA LAGI: Di sebalik kesilapan Feroz, hujan lebat rencat tempo permainan JDT sebelum dimalukan Gwangju

468355580_1144651463697495_3746305344524864699_n

Para pemain JDT berada di China untuk bertemu Shandong Taishan.

Akan tetapi, melihat kepada ramalan cuaca yang di China melihatkan JDT berada dalam kesukaran untuk membawa pulang tiga mata berdepan kelab tersebut.

Hal ini kerana, keadaan cuaca semasa di Pusat Sukan Olimpik Jinan, Shandong yang menjadi lokasi perlawanan adalah pada suhu yang ekstrem iaitu 1 darjah Celcius.

Sebagai perbandingan, cuaca di Shandong dilihat lebih sejuk berbanding ketika di JDT berdepan Gwangju di Korea Selatan. Untuk rekod, JDT bermain pada suhu sekitar 7 darjah Celcius ketika dikalahkan kelab K-League itu.

Berdepan situasi serupa dan kemungkinan lebih teruk, penyokong JDT berasa risau sekiranya ia menganggu persembahan pasukan dalam usaha mencari tiga mata.

Situasi lebih teruk akan berlaku sekiranya hujan lebat turun melanda dan ia pasti menyukarkan skuad kendalian Hector Bidoglio untuk meraih kemenangan.

"Main dalam hujan ni yang bermasalah. Nanti jadi macam masa lawan Gwangju, nampak struggle," kata penyokong bernama John Wilson.

Jika terlepas tiga mata di China, ia akan menolak JDT jatuh ke bawah carta ACLE ditambah sekiranya kelab-kelab lain meraih kemenangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram