Teliti program 'team building' berisiko libat penjawat awam elak tragedi kakitangan JKR berulang


  • Massa
  • Isnin, 18 Nov 2024

Insiden tragis melibatkan tiga kakitangan JKR yang kehilangan nyawa semasa aktiviti berakit baru-baru ini di Sungai Kampar dekat Ipoh mencetuskan kebimbangan orang ramai.

INSIDEN tragis melibatkan tiga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kehilangan nyawa akibat lemas semasa aktiviti berakit baru-baru ini di Sungai Kampar dekat Ipoh, Perak telah mencetuskan kebimbangan orang ramai terutamanya penjawat awam.

Manakan tidak, kejadian itu berlaku ketika mangsa, bersama rakan sekerja yang lain, menyertai program luar pejabat anjuran jabatan tersebut.

Difahamkan, kesemua mangsa merupakan sebahagian daripada 22 peserta dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah, Penang dan Langkawi yang mengambil bahagian dalam aktiviti 'team building' berserta enam pemandu pelancong.

BACA LAGI : [VIDEO] Tragedi 'water rafting' ragut nyawa staf JKR, penduduk di Sg Kampar dakwa takut kepala air, tak berani turun sungai

BACA LAGI : Perkelahan bersama keluarga bertukar tragedi, wanita hanyut dibawa kepala air di Sungai Sedim ditemukan lemas

Insiden malang itu juga telah menimbulkan persoalan mengenai keselamatan aktiviti wajib yang dianjurkan untuk kakitangan kerajaan.

Susulan itu, ada dalam kalangan penjawat awam mendesak kerajaan mengambil tindakan segera untuk memastikan keselamatan kakitangan semasa program sedemikian.

2330439

Ada dalam kalangan penjawat awam yang mencadangkan kerajaan mewujudkan satu garis panduan untuk aktiviti luar yang melibatkan setiap kakitangan awam. — Gambar Hiasan

Perkara itu diluahkan seorang guru melalui hantaran Facebook, Halizah Ahmad pada Ahad.

"Kita dikejutkan dengan kematian tiga pekerja JKR dalam aktiviti team building. Janganlah ada mana-mana cikgu yang terlibat dalam aktiviti dalam aktiviti yang membahayakan nyawa.

"Begitu juga dengan anak-anak didik kita. Jangan libatkan dengan aktiviti air. Sedih tengok," tulisnya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Anis Arrifin mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu garis panduan untuk aktiviti-aktiviti luar yang melibatkan setiap kakitangan awam.

"Nyawa adalah aset paling berharga. Aktiviti wajib untuk penjawat awam harus difokuskan kepada program yang tidak berisiko tinggi.

"Kami berharap kerajaan mengeluarkan garis panduan jelas untuk mengelakkan tragedi seperti ini berulang," tulisnya.

Cadangan tersebut turut dipersetujui, Faisal Mohamed Nor.

"Harap sangat kerajaan keluarkan garis panduan aktiviti wajib penjawat awam yang agak berisiko seperti hiking selain aktiviti di tasik, laut, jeram, pantai, hutan dan sebagainya.

Pada masa sama, pastikan semua aktiviti penjawat awam ada perlindungan insurans," tulisnya.

Pada Jumaat lalu, tiga individu dilaporkan meninggal dunia setelah lemas ketika terlibat dalam aktiviti berakit sekitar Sungai Kampar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram