TINDAKAN seorang wanita yang ralit melihat telefon pintarnya ketika melintas jalan di Singapura menerima padah selepas dia dirempuh sebuah teksi.
Memetik laporan media antarabangsa, kemalangan itu berlaku pukul 3.15 pagi (waktu tempatan) di persimpangan Orchard Road dan Handy Road Rabu lalu.
Kejadian itu juga berjaya dirakam kamera papan pemuka (Dashcam) teksi berkenaan dan dimuat naik semula di laman media sosial.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati cara layanan ibu di hospital Chennai, anak tikam doktor 7 kali
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita Peru histeria lihat rakan hilang nyawa dihempap mesin pemampat
Melalui video berdurasi lebih seminit itu memaparkan pemandu teksi itu dilihat memandu ke arah persimpangan pejalan kaki sebelum melanggar wanita tersebut.
Difahamkan, mangsa leka dengan telefon pintarnya sehingga tak menyedari lampu isyarat untuk pejalan kaki telah bertukar merah.
Ralit tengok phone ketika lintas jalan, wanita terpelanting beberapa meter dirempuh kereta di Singapura pic.twitter.com/z6RE8xp6fy
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 16, 2024
Pemandu teksi itu tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh wanita berkenaan.
Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan wanita berkenaan terpelanting beberapa meter sebelum dia dilihat terduduk dalam keadaan terpinga-pinga.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tan Tock Seng untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan sebenar wanita berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram