PENGERUSI Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek dipercayai akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan dalam satu majlis pada 7 November lalu yang didakwa berunsur fitnah.
Perkara tersebut dikongsikan oleh usahawan kelahiran Tawau, Sabah itu di laman Facebook pada Ahad yang memutuskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah itu.
"DSAT Group memutuskan akan saman MB Kedah RM1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). See you in court," tulisnya.
BACA LAGI: 'Doa-doa dia ada kemampuan, jangan scam', Sanusi buka mulut isu pengambilalihan KDA
BACA LAGI: Kedah sudah jawab Mahsuri, status terima atau tidak masih kekal misteri
Tangkap layar hantaran Azizul Tandek yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap MB Kedah.
Difahamkan, keputusan itu diambil susulan ucapan Sanusi yang didakwa memfitnah DSAT Group sebagai syarikat 'scam'.
"Kalau dia ada kemampuan, sila. Boleh selesai masalah. Kita harap dia ada kemampuan. Doa-doalah dia ada kemampuan. Jangan 'scam' lah. Belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah. Macam 'scammer' tak bagus lah.
"Dia tiada sangkut paut dan tak perlu kebenaran kita pun, dia berurusan dengan KDA FC. Harap-harap ada sinar di hujung terowong," katanya ketika Mesyuarat Exco di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah pada 7 November.
Sebelum ini, kancah bola sepak tanah air dihebohkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh anak syarikat DSAT Group Sdn Bhd, Mahsuri Medical Centre yang mendapat arahan daripada Azizul bagi menyatakan minat pengambilalihan saham KDA FC.
Namun, hasrat itu seperti tidak kesampaian kerana pemilik KDA FC, Tan Sri Daud Bakar menolak tawaran berkenaan meskipun menerima desakan daripada penyokong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram