BULU tangkis merupakan alatan asas untuk bermain badminton selain daripada raket. Tanpanya, satu-satu perlawanan badminton tidak dapat diadakan.
Bulu tangkis lazimnya dikaitkan dengan bulu (feather) yang diperoleh daripada binatang untuk membuatnya. Akan tetapi, terdapat juga bulu tangkis yang dihasilkan menggunakan plastik.
Kedua-dua ini boleh dipakai dan dijual di pasaran. Tetapi, kedua-duanya berbeza dari segi memberikan pengalaman kepada pemain.
BACA LAGI: Tidak semurah disangka, harga bulu tangkis berkualiti di pasaran sebenarnya 'makan modal'
Pembuatan berbeza
Bahan merupakan perkara yang jelas berbeza apabila bercakap mengenai bulu tangkis tangkis sebenar dan juga bulu tangkis plastik.
Pembuatan bulu tangkis sebenar dihasilkan menggunakan bulu daripada angsa atau itik. Bagi menjamin ia dihasilkan pada tahap terbaik, setiap bulu yang dipakai diambil daripada salah satu sayap kedua-dua binatang tersebut sama ada kiri atau kanan tanpa campuran.
Lazimnya, bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu itik dianggap sebagai gred rendah sementara bulu tangkis angsa adalah gred tinggi dan sering dipakai semasa kejohanan badminton peringkat dunia.
Bulu tangkis angsa sering dipakai di kejohanan antarabangsa.
Namun begitu, pembuatan bulu tangkis secara tradisional itu dilihat seperti penyeksaan terhadap binatang oleh sesetengah pihak. Disebabkan itu, terhasilah bulu tangkis plastik.
Bulu tangkis plastik pula diperbuat daripada plastik dan ada juga yang dihasilkan menggunakan bahan sintentik.
Untuk menghasilkannya, ia memerlukan sekurang-kurangnya perlu dilembabkan selama empat jam sebelum ia boleh dipakai untuk memastikan ia terbang dengan kelajuan jarak dan betul ketika dipukul ke udara serta tahan lebih lama.
Mana lebih baik?
Antara kedua-duanya, ia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun begitu, terdapat satu yang dianggap paling baik antara semua.
Kelebihan daripada pada bulu tangkis daripada bulu binatang adalah ia menghasilkan trajektori dan kelajuan yang lebih baik apabila ia dipukul.
Bulu tangkis akan terbang lebih 'cantik' apabila di udara dan paling penting, ia menghasilkan feel yang lebih puas kepada pemain semasa memukulnya.
Bagi bulu tangkis plastik pula, ia lebih sukar untuk dikawal kerana lebih laju apabila dipukul ke udara berbanding bulu tangkis yang dibuat daripada bulu binatang.
Bulu tangkis plastik tahan lebih lama berbanding bulu tangkis itik atau angsa.
Ia tidak ideal untuk digunakan ketika pertandingan profesional, tetapi ketahanannya membolehkan ia boleh dimainkan di mana saja termasuk luar atau dalam dewan. Selain itu, satu bulu tangkis plastik boleh bertahan lebih lama berbanding bulu tangkis daripada bulu binatang kerana ia perlu diganti-ganti.
Walaupun begitu, bulu tangkis terutamanya yang dibuat daripada bulu angsa menjadi pilihan kerana ia paling berkualiti berbanding bulu tangkis buatan bulu itik atau bulu tangkis plastik.
Kenapa ia mahal?
Bulu tangkis pada masa kini merupakan satu alatan badminton yang dianggap mahal. Hal ini kerana, pembuatannya melibatkan binatang iaitu itik dan angsa.
Pembuat bulu tangkis hanya mengambil dua bulu yang paling cantik daripada seekor itik atau angsa. Untuk menyiapkan satu bulu tangkis, ia memerlukan lapan ekor itik atau angsa kerana ia mempunyai 16 bulu padanya.
Bulu tangkis angsa adalah yang terbaik di pasaran.
Situasi itu jelas memakan kos kerana untuk menyiapkan satu tabung bulu tangkis yang mempunyai 12 bulu tangkis, sebanyak 96 ekor itik atau angsa diperlukan.
TIdak hairan mengapa bulu tangkis terutamanya yang dibuat daripada bulu angsa lebih mahal di pasaran kerana kualitinya. Namun bagi mereka yang tak mampu, bulu tangkis plastik akan menjadi pilihan.
Pembuatan yang tidak melibatkan binatang itu membuatkan ia lebih murah dan sekali gus menjadi pilihan ibu bapa yang tidak berkemampuan tetapi mahu memastikan anak-anak terus bermain badminton. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram