SNBJ venue rasmi Harimau Malaya bagi Piala AFF 2024


  • Podium
  • Isnin, 18 Nov 2024

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pilihan FAM bagi kejohanan Piala AFF pada bulan depan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menamatkan spekulasi penyokong Harimau Malaya mengenai venue skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala AFF 2024 apabila sah mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai stadium utama.

Memetik Buletin TV3, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan perkara itu apabila Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan melakukan persiapan rapi bagi kesemua perlawanan Harimau Malaya di venue tersebut.

Noor Azman berkata, keputusan itu menamatkan segala spekulasi yang menyatakan aksi Harimau Malaya bagi kejohanan Piala AFF akan berlangsung di luar Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak.

BACA LAGI: Bojan Hodak sayangkan Indonesia? 4 jurulatih negara Balkan calon sesuai buat Terengganu FC, Selangor FC

BACA LAGI: Pep Guardiola senyap-senyap bincang tugas besar lepas keluar Man City

"Kita sudah berbincang bahawa perlawanan Piala AFF 2024 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Oleh itu, penyokong Harimau Malaya boleh hadir ke venue untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan kelak," katanya.

Mengikut rekod skuad Harimau Malaya berdepan laluan sukar dalam usaha menamatkan kemarau 14 tahun saingan AFF 2024 selepas diundi bersama juara bertahan, Thailand dalam Kumpulan A.

Pasukan kendalian Pau Marti Vicente bakal berdepan tugas getir apabila turut diundi bersama pemenang Piala AFF empat kali, Singapura selain skuad Kemboja dan Timor Leste.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-15 itu dijadualkan berlangsung pada bulan depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram