'Udara OK ke?' India teruk dilanda jerebu beracun, ekor HM risau keselamatan pemain


  • Podium
  • Ahad, 17 Nov 2024

Sebahagian pemain Harimau Malaya memakai pelitup muka apabila tiba di India.

SELEPAS berjaya merakamkan kemenangan bertemu Laos dalam aksi persahabatan antarabangsa di Thailand, skuad Harimau Malaya meneruskan tugasan bola sepak antarabangsa bertemu India.

Skuad kendalian Pau Marti itu tiba di Hyderabad, India pada Ahad sebelum melakukan persiapan bertemu negara Asia Selatan itu pada Isnin.

Namun begitu, terdapat sesuatu yang berbeza apabila melihat gambar-gambar ketibaan pemain Malaysia di lapangan terbang negara itu.

BACA LAGI: Tiba-tiba sihat, fans tercengang Natxo turun 'friendly' JDT lepas tarik diri panggilan Harimau Malaya

BACA LAGI: Bukan semata-mata aksi Piala Malaysia, JDT perjelas panggil semula 3 pemain dari kem Harimau Malaya

Dalam siaran dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), para pemain dan pegawai dilihat memakai pelitup muka sebaik saja tiba di India.

Tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga akibat situasi jerebu beracun yang membimbangkan di negara tersebut.

Dilaporkan, kualiti udara di India semakin merosot dengan kerajaan negara itu mengisytiharkan darurat dengan pelbagai sektor bukan asas terpaksa dihentikan sementara waktu.

Malah, sekolah-sekolah juga turut ditutup dengan pemandangan mercu tanda India iaitu Taj Mahal juga terhalang akibat jerebu.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong Harimau Malaya, adakah mereka selamat untuk bermain di sana?

Sudah pasti, ramai yang risaukan keadaan para pemain dan pegawai memandangkan keadaan udara di sana yang teruk. Jika teruk, bagaimana perlawanan hendak diadakan, bukan?

"Udara di India OK ke? Beberapa hari lepaskan India kena jerebu beracun sampai isytihar darurat," kata penyokong bernama Mat Rider.

"New Delhi kena jerebu beracun sampai kena isytihar darurat tempoh hari, sekarang ni di Hyderabad tak pasti pula macam mana," komen Luqman Adam.

"Bagus pemain-pemain HM semua pakai topeng muka," ujar penyokong menggunakan nama Pencinta Alam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram