SELANGOR Pistons berjaya mencipta sensasi dalam Sepak Takraw League (STL) Champions Cup apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Perak Bison.
Bertemu pada aksi terakhir peringkat kumpulan pada Jumaat, Selangor Pistons pada mulanya ketinggalan 12-15 sebelum merampas set kedua 15-9.
Pertarungan sengit berlaku di set penentuan dengan kedua-dua pasukan sering berkejaran mata sebelum Selangor Pistons memenanginya dengan keputusan 15-12.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Minta maaf saya kepala', import Selangor Pistons salah baca 'arahan'
Kemenangan sensasi Selangor Pistons itu dijana oleh kecemerlangan dua pemain iaitu Zulkifli Abdul Razak atau dikenali sebagai Sobey serta Zuhri Zain yang bermain sungguh baik.
Sobey dilihat cemerlang pada set kedua sementara Zuhri pula menjadi 'arkitek' kemenangan Selangor Pistons dalam aksi dramatik itu.
Penyokong Selangor Pistons jelas gembira dengan keputusan itu dengan mereka berjaya memenangi aksi tersebut dalam masa 75 minit.
"Padu Sobey di set kedua, tapi lebih menakjubkan sumbangan lapan mata straight dari anak muda iaitu Zuhri, padu servisnya," kata penyokong bernama Jang Luiz.
"Padu kebangkitan Selangor Pistons, set kedua Sobey main peranan, set ketiga Zuhri main peranan," ujar Hishamudin Shafee.
"Zuhri dah boleh jadi tekong kedua (skuad kebangsaan) di belakang Syahir Rosdi," komen Azrul Nawawi.
Kemenangan Selangor Pistons itu membolehkan mereka menguasai Kumpulan B dengan memenangi kesemua perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram