Anggap edisi 2024 berjaya, Super Muay Malaysia mahu adakan liga pada 2025


  • Podium
  • Isnin, 11 Nov 2024

Super Muay Malaysia 2024 meraih penyertaan peserta dari pelbagai negara. — Majoriti/NAZREEN IZAHAR

KEJOHANAN Super Muay Malaysia 2024 berjaya diadakan dengan jayanya apabila pertandingan dua hari tersebut mendapat sambutan meriah komuniti Muay Thai Malaysia.

Diadakan di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang, Selangor, penganjuran kejohanan tersebut diadakan selepas tidak dipertandingkan selama setahun.

Menurut orang kuat pengajuran, Zariman Yusof berkata, pada mulanya dia risau akan penganjuran tidak akan mendapat sambutan dek kerana kekurangan penajaan.

BACA LAGI: Zul Fadlie nyata gagah, kalahkan Ahmad Omar untuk raih kejuaraan Super Muay Malaysia

BACA LAGI: Tendangan kencang Haikal Sampuri rebahkan wakil Laos, gegarkan saingan Super Muay Malaysia

WhatsApp Image 2024-11-10 at 23.50.52

Zariman (tengah) mahu menjadikan Super Muay Malaysia kejohanan Muay Thai terulung.

"Pada mulanya, saya risau kerana penajaan agak perlahan, namun pada saat akhir, ada yang sudi menaja dan penganjuran dapat dijalankan seperti dirancang.

"Penyertaan juga amat menggalakan, serta sokongan daripada pihak kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan untuk kejohanan ini sangat baik," katanya kepada Majoriti.

Tambah Zariman, penganjuran seterusnya bagi Super Muay Malaysia adalah pada Mei 2025 dengan dia mensasarkan edisi tahun hadapan sebagai yang terbesar.

Zariman juga merancang untuk mengatakan saingan liga bagi Super Muay Malaysia untuk memastikan acara Muay Thai dapat dilangsungkan sepanjang tahun.

"Kami merancang untuk mengadakan kejohanan pada Mei 2025 sebagai yang terbesar. Sebelum itu, kami merancang mengadakan beberapa kejohanan kecil sebagai build up sebelum pertandingan utama.

"Kami juga mahu mengadakan liga supaya acara Muay Thai terus berjalan. Cadangannya adalah selama tujuh bulan dengan setiap dua minggu akan ada pertandingan," ujarnya.

WhatsApp Image 2024-11-11 at 00.00.33

Barisan kru yang menjayakan Super Muay Malaysia 2024.

Bagi penaja utama kejohanan, Legasi Sufi, mereka menyatakan komitmen untuk terus bersama-sama Super Muay Malaysia pada masa akan datang.

Menurut ketuanya, Datuk Seri Hisyammasri Badrol, mereka bersedia untuk bersama Super Muay Thai sebagai pelancongan sukan yang baik untuk negara.

"Kami juga ingin menjadikan kejohanan ini sebagai pelancongan sukan di negara kita. Apabila ia diadakan, ia akan menarik ramai peserta daripada luar negara menyertainya, sekali gus memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa," katanya.

Super Muay Malaysia 2024 merupakan acara yang mendapat tajaan oleh Legasi Sufi selain meraih sokongan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Tourism Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram