'Janji ada piala', aksi getir berdepan Selangor dalam Piala Malaysia, fans Tok Gajah anggap MFL Challenge Cup lebih ideal


  • Podium
  • Selasa, 12 Nov 2024

Pertembungan antara skuad Gergasi Merah dan Tok Gajah pasti menyajikan kehangatan dalam Piala Malaysia 2024. — Facebook/Sri Pahang FC

UNDIAN Piala Malaysia yang diadakan pada Isnin menyaksikan kesemua 16 pasukan sudah mengetahui lawan masing-masing dalam pertembungan dijadualkan bermula pada penghujung November.

Perlawanan terbaik sudah semestinya antara dua gergasi bola sepak negara, Sri Pahang FC dan Selangor FC yang akan berentap pada 20 November di Stadium Temerloh, Pahang sebelum aksi timbal balik diadakan sembilan hari kemudian.

Meskipun kedua-dua pasukan itu sudah lama tidak merasai kejayaan di peringkat domestik, kehangatan setiap kali pertemuan dalam Liga Super menjanjikan aksi terbaik dalam kejohanan berkenaan.

BACA LAGI: Gembira singkirkan Kedah, tapi Aidil tumpang simpati nasib semasa Sang Kenari

BACA LAGI: 'Sebab nak kekal status', Sang Kenari diharap benam skuad Aidil Sharin demi jaga air muka

2768106

Kualiti skuad Gergasi Merah tidak boleh dipandang rendah musim ini. Facebook/Selangor FC

Malah, penyokong Sri Pahang FC dan Selangor FC sendiri tidak mahu berasa terlalu yakin dalam menentukan pasukan manakah yang akan mara ke suku akhir kejohanan terbabit.

Kelebihan sedikit sememangnya berpihak kepada skuad Gergasi Merah yang kini berada di tangga kedua Liga Super dengan mereka jauh meninggalkan skuad Tok Gajah yang menduduki kedudukan kelapan.

Selain itu, di pentas Asia pula, kelab Lembah Klang itu tidak mengecewakan kerana mereka mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya kerana sedang menduduki tangga kedua Kumpulan H.

Prestasi berkenaan menimbulkan rasa gerun dalam kalangan penyokong skuad Tok Gajah yang beranggapan pasukan mereka terpaksa melupakan hasrat ke pusingan seterusnya.

Ini kerana mereka melihat menyingkiran awal itu mampu membuka peluang untuk meraih pencapaian domestik dengan setiap kelab ditunjukkan jalan keluar pada pusingan 16 pasukan terbaik akan mara ke MFL Challenge Cup secara automatik.

2781229

Skuad Tok Gajah masih belum mendapatkan rentak setakat pertengahan musim ini. Facebook/Sri Pahang FC

"Untuk dapatkan piala, kena kalah kepada Selangor FC, dapatlah rasai MFL Challenge Cup yang tiada cabaran daripada JDT (Johor Darul Ta'zim)," kata Norman Nasuha.

"Semoga kalah, jika kalah Sri Pahang berpeluang menjulang MFL Challenge Cup," kata Prince Syaf.

"Kalau nak tamatkan musim dengan piala, bolehlah tewas kepada Selangor FC dan kita akan automatik layak ke MFL Challenge Cup. Itu pun kalau berjaya lah menjuarainya," kata Rahman Arif.

Musim lalu, pasukan pilihan untuk meraih kejohanan itu ialah Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas mereka ditunjukkan jalan keluar awal oleh Perak FC.

Bagaimanapun, mereka gagal memanfaatkan peluang tersebut apabila gagal menjuarainya dengan MFL Challenge Cup 2023 dimiliki PDRM FC yang menundukkan Kuching City FC dalam perlawanan akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram