SAINGAN Piala Malaysia 2024 akan menyaksikan pertembungan menarik antara pasukan Liga Super, Sabah FC bertemu wakil kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC pada pusingan 16.
Menariknya pertembungan itu, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu akan bertemu kembali dengan pemain 'otai' Sang Badak, Amri Yahyah yang kini beraksi untuk PT Athletic.
Amri sebelum ini pernah menabur bakti bersama Sang Badak dari musim 2021 sehingga 2023 sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab yang berpangkalan di Borneo itu.
BACA LAGI: Mungkin ucap selamat tinggal, tonggak Sang Badak tinggal selangkah ke Selangor FC
BACA LAGI: Fans Perak anggap kalah sudah dalam tangan, 'ekor' JDT ingatkan jangan bagi alasan bila kecundang
Undian rasmi Piala Malaysia 2024.
Dalam pada itu, kerinduan Sang Badak untuk melihat aksi Amri atau mesra dengan panggilan Wak Am itu bertemu Sabah dapat mengubati kerinduan penyokong The Rhinos dalam aksi yang akan diadakan di Stadium Likas, Sabah.
Selain itu, saingan Piala Malaysia musim ini turut menyaksikan pertembungan menarik apabila Selangor FC akan menentang ujian hebat Sri Pahang FC.
Berdasarkan undian yang dilakukan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Isnin, juara bertahan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan tentangan pasukan Liga A1, Kuala Lumpur Rovers.
Manakala, PDRM FC akan menentang Negeri Sembilan FC, Terengganu FC bakal berdepan cabaran Melaka FC, sementara Kuala Lumpur City FC diuji tentangan Kedah Darul Aman FC.
Perak FC pula menanti halangan Kelantan Darul Naim FC, sementara Kuching City perlu mengatasi cabaran Penang FC.
Saingan Piala Malaysia musim ini dijadualkan bermula pada bulan November ini dengan perlawanan akhir sekitar bulan Mei 2025.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram