[VIDEO] Wanita sarat mengandung sedih anak buah buta hati perut sanggup halau bapa saudara hidap alzheimer di Johor


  • Massa
  • Ahad, 10 Nov 2024

Tangkap layar video memaparkan bapa saudara wanita tersebut yang dikatakan dihalau dari rumah di Johor baru-baru ini.

SEORANG wanita tidak dapat menahan sebak selepas menerima khabar tentang keadaan bapa saudaranya yang dihalau dari rumahnya sendiri di Johor baru-baru ini.

Melalui video dirakam dan dimuat naik wanita terbabit di media sosial, bapa saudaranya yang penghidap penyakit alzheimer itu dihalau keluar oleh ahli keluarga terdekat.

Dalam video sama, wanita itu mendakwa bahawa dia merupakan satu-satunya anak saudara yang rapat dan sentiasa mengambil tahu tentang bapa saudaranya itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat bawa lari mesin duit, 2 lelaki guna kayu baseball rompak kedai di Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Elak kes jenayah, penghadang mudah alih bentuk L di AS wajar diaplikasi di sekolah Malaysia

Dia yang dalam perjalanan ke rumah lelaki dipanggil pak long dari Johor Bahru, Johor pada waktu malam itu sempat meluahkan perasaannya apabila mengetahui khabar itu.

"Penat nak hadap benda ini, kenapalah nak ambil rumah pak long. Ini malam-malam kitorang dari Johor Bahru nak kena balik Batu Pahat, Johor jumpa pak long.

"Bila rumah itu bukan nama dia, dia kena halau, malam-malam macam ni dia nak pergi mana.

"Dahlah saya tengah sarat mengandung, lagi nak fikir benda ini," katanya sambil teresak-esak menangis.

Sesampai sahaja di rumah itu, kelihatan bapa saudaranya sedang duduk seorang diri di luar rumah bersama beberapa beg berisi baju.

Lebih menyayat hati apabila melihat riak wajah sayu dan tangisan lelaki warga emas tersebut ketika bertemu dengan anak saudaranya.

"Walaupun pak long saya tak kahwin, tak ada anak dan orang kelainan upaya (OKU), dengan sokongan orang ramai dan saya, pak long boleh dapatkan balik rumahnya.

"Peguam cakap boleh menang sebab pak long ada surat sakit OKU," katanya.

Difahamkan, rumah tersebut pada awalnya diwasiatkan kepada bapa saudaranya selepas kematian neneknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram