Musim kenduri kahwin, tetamu majlis dinasihat jangan parkir depan pagar jiran tuan rumah


  • Massa
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Terdapat beberapa tetamu yang meletakkan kereta di hadapan rumah kejiranan lain ketika menghadiri majlis perkahwinan di kawasan perumahan. — X/dr_chaku

MELAKSANAKAN majlis perkahwinan di rumah sendiri antara cara mudah dalam menjimatkan kos daripada perlu menyewa dewan khas di lokasi lain.

Maka, sudah tentu kebanyakan tetamu memilih untuk menggunakan kawasan tepi jalan atau celah-celah lorong perumahan untuk meletakkan kenderaan mereka.

Namun, ia menjadi masalah apabila ada sesetengahnya yang bertindak meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran sehingga menghalang laluan orang lain.

BACA LAGI: Imam masjid jatuh tercampak, tak perasan terlanggar bonggol tidak berwarna di Pulau Pinang

BACA LAGI: [VIDEO] Rusia cipta penembak dron mudah alih pertama di dunia, bakal ubah nasib perang di Ukraine

6138835523003858725

Beberapa kenderaan yang dilihat menghalang laluan kejiranan lain. — X/dr_chaku

Sama dengan luahan seorang pengguna akaun X @dr_chaku pada Sabtu yang tidak bepuas hati melihat situasi tersebut di sekitar kawasan kejiranannya.

"Tak fahamlah aku. Kenapa ada tetamu majlis kahwin yang parkir depan pagar jiran? Habis tu setiap kali aku atau penghuni rumah aku nak keluar masuk, kena buat pengumuman ke?

"Ni siap ada parkir tengah jalan. Nak aku panggil majlis tarik ke?," luahnya.

Menurutnya, dia tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap pihak penganjur kerana membuat majlis di rumah adalah perkara normal.

Namun, tegasnya, para tetamu yang perlu bijak meletakkan kenderaan atau meninggalkan nombor telefon agar boleh dihubungi dengan mudah sekiranya berlaku kecemasan.

"Dalam sehari tu beberapa kali saya ada masalah nak keluar masuk rumah. Depan pagar rumah saya ada 40 kaki persegi yang bukan 'pintu pagar'.

"Saya tak ada masalah orang nak perkir situ. Asalkan bukan di pintu pagar atau tengah jalan," ujarnya.

Pengguna lain pada masa sama menyarankan agar tuan rumah meletakkan kon sebagai tanda larangan meletakkan kenderaan.

"Kena ada kon bertulis 'jangan parkir di sini' atau 'no park here'," komen @shahirarosli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram