Imam masjid jatuh tercampak, tak perasan terlanggar bonggol tidak berwarna di Pulau Pinang


  • Tular
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Keadaan mangsa yang cedera di kepala, tangan dan kaki selepas kemalangan di jalan Kampung Tun Sardon Bawah, Pulau Pinang pada Jumaat. — Facebook

SEORANG imam di Masjid Jamek Ara Kuda cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Kampung Tun Sardon Bawah, Pulau Pinang pada Jumaat.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Hasrul Nizam pada Sabtu, mangsa yang menunggang motosikal tercampak dan terjatuh akibat terlanggar bonggol yang tidak berwarna di lokasi kejadian.

Kejadian itu berlaku apabila mangsa dipercayai tidak sempat berhenti lalu melanggar bonggol kecil tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Rusia cipta penembak dron mudah alih pertama di dunia, bakal ubah nasib perang di Ukraine

BACA LAGI: [VIDEO] 'Fun fair' bertukar tragedi, 10 pengunjung cedera tercampak lepas 'gondola cars' tercabut di Ecuador

465268265_9379667528728450_2977935617841130721_n

Bonggol jalan yang tidak berwarna sehingga menyebabkan seorang imam di Masjid Jamek Ara Kuda kemalangan pada Jumaat. — Facebook

Ia sekali gus menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan.

"Akibat kejadian tersebut, tulang bahu kiri terkehel dan retak.

"Kecederaan di kaki kiri serta kepala. Mangsa kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang," tulisnya.

Pengguna tersebut juga menggesa agar penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Mohamad Salehan Jahaya serta pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dapat mengatasi masalah itu dengan mendapatkan peruntukkan untuk mengecat bonggol jalan yang sedia ada di dalam kawasan kampung.

Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram