[VIDEO] Pelajar UM tersadai di kolej, terpaksa jalani 'online class' walaupun banjir reda dan laluan dibuka semula


  • Massa
  • Selasa, 15 Okt 2024

Pelajar terperangkap di kolej gara-gara keadaan banjir teruk di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

SELEPAS sesi pembelajaran terpaksa bertukar secara dalam talian gara-gara keadaan banjir yang teruk yang melanda kawasan sekitar Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada pagi Selasa, institusi pengajian tinggi memaklumkan bahawa situasi banjir di sekitar kampus kini reda sepenuhnya.

Susulan itu, laluan dalam kampus dan pintu masuk utama kesemuanya sudah dibuka semula termasuk yang ditenggelami air sejak pukul 10 pagi Selasa.

UM turut mengesahkan bahawa tiada individu yang alami kecederaan atau kes kematian direkodkan akibat bencana alam itu.

"Kakitangan, pelajar dan pengunjung kampus disarankan agar terus berhati-hati dan mengelakkan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh membawa kepada risiko terperangkap dalam banjir," kata UM dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada masa sama, seorang pelajar UM, Azizul Farhan di X memberitahu tentang kesukarannya untuk bergerak ke kelas disebabkan keadaan banjir di UM.

"Saya tersadai di kolej disebabkan UM banjir. Kelas pun kena tunda dan dibuat secara online," katanya menerusi media sosial.

Pihak universiti difahamkan akan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan di kampus terjamin.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Komunikasi Krisis UM, Farawahida Ismail di talian 03-79677009 atau menghantar e-mel kepada [email protected]. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram