BUDAYA buli dalam kalangan pelajar tidak kira di sekolah mahupun institut pengajian tinggi (IPT) tidak seharusnya dibiarkan berleluasa.
Hal ini kerana, ia dapat memberi impak besar bukan sahaja pada diri pelajar bahkan kepada seluruh ahli keluarga yang bersusah-payah membesarkan anak mereka.
Ini juga boleh dikaitkan dengan kes kematian seorang Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017.
BACA LAGI: Kehilangan ayah ketika berusia 30 hari, pelajar Politeknik kejar impian jadi jurutera
BACA LAGI: Doktor anak 4 bijak manfaat masa 15 minit sebelum tidur
Budaya buli yang menjadi kebimbangan orang ramai. — Gambar hiasan
Kes tersebut juga mendapat perhatian ramai kerana mangsa dibuli sehingga meninggal dunia selepas dipukul dan ditekap dengan seterika panas.
Ia sekali gus menimbulkan imej buruk kepada UPNM kerana dianggap sengaja tidak menyelamatkan nyawa Allayarham.
Namun, kejadian tersebut secara tidak langsung menjadi pengajaran dan iktibar kepada masyarakat untuk tidak menerapkan budaya membuli.
Berkongsi pengalaman sebagai seorang bekas pelajar UPNM, seorang pengguna akaun Facebook Mohammad Yaakub Yusra menafikan segala tanggapan negatif dan dakwaan bahawa IPT itu melahirkan generasi pembunuh.
Mengambil inisiatif dan langkah proaktif, dia menubuhkan satu kelab kebajikan Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) di UPNM bagi membela nasib pelajar yang dibuli.
Mohammad Yaakub yang pernah bergelar sebagai pelajar di UPNM. — Facebook/Mohammad Yaakub
BADAR merupakan kelab berdaftar yang memfokuskan pada dakwah dan kebajikan golongan pelajar terjejas di UPNM.
"UPNM tak lahirkan pembuli. Selama empat tahun di sini (UPNM) Alhamdulillah saya belajar banyak benda yang baik-baik.
"Semasa di sini, saya tubuhkan BADAR dan ramai pelajar-pelajar yang kena buli akan sertai kelab ni.
"Untuk rekod, tiada yang pernah saya tampar, tumbuk atau raging. malah saya menentang budaya buli, buli ni adalah cycle yang wajib dihentikan," katanya dalam satu hantaran pada Khamis.
Dalam pada itu, kelab BADAR juga berfungsi untuk menganjur program-program ilmu untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar beragama Islam di UPNM.
Dengan penubuhan kelab tersebut juga dapat melatih pelajar untuk menjadi seorang pemimpin berdedikasi.
Kelab itu juga dapat menyemarakkan lagi program-program kebudayaan Islam di sesebuah universiti.
Majoriti sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut berhubung BADAR daripada bekas pelajar UPNM tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram