Dilabel 'game changer' Sabah, kemasukan anak jati Alor Setar ranapkan impian Kedah bawa pulang mata


  • Podium
  • Selasa, 29 Okt 2024

Farhan memastikan skuad Sang Badak mengumpul tiga mata penuh di laman sendiri. — Facebook/Sabah FC

SABAH FC mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menundukkan Kedah Darul Aman (KDA) FC di laman sendiri dengan keputusan 5-2 pada Selasa.

Permainan pada awalnya terikat pada babak pertama setelah Saddil Ramdani membuka jaringan buat skuad Sang Badak sebelum Cleylton Santos mengikat kedudukan menjadikan kedudukan 1-1 pada babak pertama.

Namun, pada separuh masa kedua, segalanya berubah apabila kira-kira 5,000 penyokong akhirnya disajikan dengan tambahan lima lagi jaringan yang empat daripadanya dicatatkan tuan rumah.

BACA LAGI: 'Amanah harus dijalankan', Rizal Ghazali tak putus harap, tunggakan 7 bulan gaji 'settle'

BACA LAGI: Saya tidak mahu kata apa-apa... — Milos Gordic

WhatsApp Image 2024-10-29 at 9.24.31 PM

Pedro (kiri) menjadi watak utama dengan dua gol dijaringkan. Facebook/Sabah FC

Dua gol Joao Pedro dan satu masing-masing daripada S Kumaahran dan Gary Steven Robbat memastikan tiga mata milik Sabah FC sementara KDA FC mencetak jaringan menerusi Milos Gordic.

Tetapi, kesemua daripada mereka sedikit dibayangi Farhan Roslan yang kemasukannya dilabel pengubah jentera serangan skuad Sang Badak dengan dia menggantikan Saddil.

Dua bantuan jaringan daripadanya membolehkan Sabah FC mengawal permainan dengan benteng pertahanan Kedah seakan-akan buntu dalam menghalang pergerakan pemain bertubuh kecil itu.

"Farhan 'game changer', taktikal yang menjadi malam ini," kata Reyo Etamz.

465055140_572485978506723_2518896213710671987_n

Antara aksi yang dirakam ketika skuad Sang Badak menerima kunjungan KDA FC. Facebook/MFL

"Farhan banyak membawa perubahan kepada rentak perlawanan, banyak membantu bahagian serangan," kata Lengcai Krip.

"Masuk sahaja Farhan, boleh nampak perubahan. Kumaahran dari dahulu nampak dia bagus bermain sebagai pemain sayap sementara Gary sudah kelihatan tenang di bahagian tengah," kata Bond Bond.

Farhan sebelum ini pernah beraksi bersama skuad Sang Kenari selama beberapa musim dengan statusnya sebagai anak jati Alor Setar, Kedah menjadikan kelab itu istimewa buatnya.

Namun, dengan dia kini bersama skuad Sang Badak, dia pasti mahu terus membantu mereka di pentas domestik, lebih-lebih lagi dengan mereka kini hanya tiga mata di belakang Selangor FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram