'Semoga dimudahkan urusan', kepak Kenari beri DSAT Group 'lampu hijau' ambil alih Kedah


  • Podium
  • Isnin, 28 Okt 2024

Tan Sri Daud Bakar (tengah) bakal bertemu dengan wakil DSAT Group mengenai potensi pengambil alihan Kedah.

TERDAPAT potensi untuk Kedah Darul Aman FC mendapat nafas baharu apabila ada entiti yang menawarkan diri untuk mengambil alih pengurusan kelab tersebut.

DSAT Group Sdn Bhd mengatakan hasrat pada Isnin untuk mengambil alih Kedah daripada pemilikan Tan Sri Dr Daud Bakar sekali gus menawarkan jalan keluar kepada kemelut masalah Sang Kenari.

Pengerusi Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek berkata hasrat kumpulannya untuk mendapatkan Kedah bukanlah satu angan-angan Mat Jenin dan itu dibuktikan apabila dia sudah bertemu Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, Radhi Mat Din dan merancang bertemu Daud dalam pertemuan seterusnya.

BACA LAGI: Milos macam belajar sesuatu, tapi masih tak cukup bantu Kedah benam PDRM

BACA LAGI: 'Tertarik dengan sikap Tan Sri', Kedah boleh tersenyum, terima RM300,000 selesaikan kemelut gaji

WhatsApp Image 2024-10-28 at 21.53.44 (1)

Azizul (kiri) serius dalam misi mendapatkan Kedah.

"Dengan perancangan dan masalah yang telah dihadapi oleh KDA FC kami di dalam DSAT Group bersedia untuk bekerjasama memastikan kelab bolasepak KDA FC ini dapat berfungsi dengan baik dan perancangan kita akan terus mengukuhkan KDA FC sebagai persatuan ataupun kelab bola sepak terunggul di Kedah dan memastikan masalah yang dihadapi hari ini tidak akan berulang.

"Diharapkan dengan penawaran ini kami menerima maklum balas yang baik dan Insya-ALLAh akan bersedia untuk menggalas tanggungjawab demi sukan ataupun bola sepak Kedah yang lebih baik," katanya memetik laporan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Melihat kepada seriusnya DSAT Group dalam mengambil alih Kedah, ia jelas menimbulkan rasa teruja dalam kalangan penyokong Sang Kenari.

Ada yang berpendapat DSAT boleh memberi jalan keluar buat Kedah terutamanya berkaitan isu masalah gaji.

"Kalau betui depa nak masuk, eloklah. Lama sangat dah Kedah sangkut hat gaji ni," kata penyokong bernama Zairul Hussin.

"Apa lagi Tan Sri? Sekaranglah masa terbaik untuk lepaskan. Mungkin dengan Tan Sri, Kedah tak jadi, tapi boleh jadi dengan pengurusan baru Kedah boleh elok semula," ujar Roslan Zainal.

"Jika DSAT betul mahu ambil alih KDA FC, kami alu-alukan. Semoga dimudahkan urusan," komen Wan Kamil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram