
HARAPAN Kuching City FC untuk meraih tiga penuh dalam Liga Super di laman sendiri tidak kesampaian apabila hanya mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Negeri Sembilan FC.
Jaringan lewat daripada penyerang gantian, Ahmad Hazwan Bakri seperti tidak membawa sebarang makna selepas skuad Jang mengikat kedudukan tidak lama selepas itu menerusi kapten pasukan, Annas Rahman.
Menariknya, kedua-dua gol itu terhasil memasuki minit ke-100 permainan selepas pengadil terpaksa menambah masa berikutan semakan menggunakan video bantuan pengadil (VAR).
BACA LAGI: [VIDEO] Kuching City makin 'mengganas', bintang JDT sah perkuat The Cats
BACA LAGI: Angkara gol debut Ali Olwan, Kuching City terciduk sampai tukar keeper
Jadi, penyokong sudah tentu kecewa apabila kelab Borneo tanah air itu hanya mencatatkan keputusan seri selepas berminggu-minggu tidak disajikan aksi Liga Super.
"Dah dapat gol, boleh pula bermain secara berfoya-foya, berapa minit sahaja tinggal tu. Bola boleh dibuang, boleh pula bermain di kawasan sendiri hingga mengundang padah, itulah hasilnya.
Hazwan Bakri meletakkan skuad The Cats di hadapan untuk beberapa minit. — Facebook/Kuching City FC
"Jordan Mintah pun di hadapan gol, tinggal menanduk bola masuk sahaja pun susah. Rugi berasa sahaja bawa pemain import sepertinya, apa jenis penyerang tumpul tu?" kata Jang Gerigih Jimmy
"Kecewa dibolosi pada minit-minit akhir, terang-terang tiga mata dalam tangan. Main pula asyik dihantar ke bawah, bertahan sahaja kerjanya sehingga wisel akhir ditiupkan," kata Stanley Ulie.
"Makin teruk nampaknya gaya permainan Kuching City FC, tidak ada penyudah yang bagus. Kalaulah begini mainnya, susahlah Kuching City nak bersaing perbaiki kedudukan," kata Ong Umbit.
Keputusan seri itu menyaksikan skuad The Cats kekal di kedudukan ketujuh Liga Super sementara satu mata diraih membantu Negeri Sembilan FC naik ke tangga ke-12. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram