[VIDEO] Dilabel susuk 'rare', 'barang' baik, prospek hangat Selangor hangatkan MSSM


  • Podium
  • Khamis, 10 Okt 2024

Linda Him (tengah) dilabel sebagai permata sukan tanah air selepas cemerlang membolot dua emas setakat ini.

TATKALA negara ingin membangunkan lebih banyak kejohanan atau program sukan di peringkat akar umbi untuk mencari pelapis seterusnya, acara sukan untuk golongan kelainan upaya juga perlu dititikberatkan.

Jika sebelum ini Sukan Para Malaysia (Para Sukma) di Kuching, Sarawak mencuri tumpuan peminat sukan domestik dalam mencari wira serta wirawati baharu negara, kini giliran Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sukan Malaysia (MSSM) pula perlu diberi perhatian.

Dalam kejohanan Olahraga MSSM yang diadakan selama empat hari bermula 7 Oktober di Stadium Perak dan Stadium Ragbi Ipoh dekat Ipoh, Perak itu menyaksikan sebanyak 14 kontinjen akan bersaing dalam dua acara utama iaitu acara balapan dan acara padang.

BACA LAGI: Ibu bapa 'tunjuk pandai' lebih daripada jurulatih rencatkan potensi atlet MSSM

BACA LAGI: Lupakan Mats Deijl, lebih baik Pau Marti pantau 3 bek kanan 'underrated' Liga Super

Berbaki sehari lagi sebelum kejohanan berkenaan melabuhkan tirainya, seorang atlet wanita dari Selangor dilabel sebagai permata sukan tanah air selepas cemerlang membolot dua emas setakat ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh gurunya di laman Facebook dengan menggunakan akaun Bin Awan, dia memuji anak didiknya, Linda Him A/P A Ramli sebagai seorang atlet yang unik.

"Persoalannya, bagaimana susuk ibu ayahnya dalam mendidik? Dalam setiap kontinjen mesti ada satu susuk rare. Jenis tahan lasak. Jenis geram. Jenis tak puas sesi latihan yang ada. Jenis tak sabar nak mula latihan.

"Jenis tak rasa dia hebat walaupun memang hebat di mata kita. Jenis ada gaya tersendiri. Rare. Di Selangor, Linda adalah salah seorang yang ada. Semalam (Rabu) dua butir emas dengan rekod baharu dan insya-ALLAH dengan iringan doa darı kalian, Linda akan dapat sebutir lagi emas buat dirinya.

All the best nak, ucap cikgu Ali yang sedang duduk di arena memanaskan badan. Dia cuma senyum syukur kerana mampu sekadar tumpang gembira," kongsi gurunya itu dalam hantaran yang dimuat naik pada Khamis.

WhatsApp Image 2024-10-10 at 18.38.10

Linda Him dilabel sebagai seorang atlet yang unik.

Selepas empat hari kejohanan berlangsung setakat ini, atlet wanita berkenaan merangkul dua pingat emas dalam acara 100 meter (m) dan lompat jauh yang menyaksikan dia memecahkan rekod baharu.

Sekiranya Linda konsisten berada pada tahap sama dengan mengikuti program latihan yang sedia ada, atlet acara padang dan balapan itu berpotensi untuk menjadi atlet kebangsaan pada suatu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram