Bukan Bukit Jalil tapi stadium Terengganu, 'home' JDT mungkin jadi gelanggang Harimau Malaya sempena Piala Asean


  • Podium
  • Jumaat, 18 Okt 2024

SSMZA dan SSI menjadi pertimbangan sebagai gelanggang alternatif Harimau Malaya.

STADIUM Nasional Bukit Jalil dijangka tidak akan menjadi gelanggang Harimau Malaya semasa saingan Piala Asean (dahulunya Piala AFF) yang akan diadakan pada akhir tahun ini.

Menurut pemerhati sukan Thailand, Offeris Wichitchote, Malaysia mempertimbang tiga stadium sebagai alternatif dengan dua daripadanya di Semenanjung Malaysia dan satu dekat Sarawak.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu, Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri dan Stadium Negeri, Kuching menjadi calon sebagai pengganti Bukit Jalil bagi Piala Asean.

BACA LAGI: Beban atau peluang? Penangguhan Piala Asean boleh buat JDT, Selangor ada alasan kukuh tak lepas pemain

BACA LAGI: Sesungguhnya ‘pemain bukan mesin’ itu benar, AFF tangguh tarikh sepak mula Piala Asean

Tiga stadium tersebut disebut menggantikan Bukit Jalil kerana gelanggang tersebut berpotensi berada dalam keadaan tidak baik akibat penganjuran tiga konsert berskala mega.

Sebelum ini, SSMZA dan SSI pernah menjadi tuan rumah buat Harimau Malaya dengan kedua-duanya menganjurkan aksi persahabatan antarabangsa.

sarawak-state-stadium-l-1280x853-1024x683

Stadium Negeri di Kuching turut berada dalam pertimbangan untuk menjadi gelanggang alternatif Harimau Malaya

Sementara Stadium Negeri pula disebabkan faktor sokongan luar biasa penyokong Sarawak terhadap bola sepak tempatan menjadikan ia berada dalam pertimbangan.

Akan tetapi, penilaian akan dilakukan terlebih dahulu terhadap Bukit Jalil dan jika kualiti rumput dan padang memang tidak berada dalam keadaan baik, salah satu daripada tiga stadium alternatif tersebut akan digunakan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bagi Piala Asean 2024 dengan Harimau Malaya akan berdepan dua aksi di laman sendiri serta dua aksi dekat tempat lawan bagi pusingan awal.

Skuad kendalian Pau Marti akan menjadi tuan rumah kepada Timor Leste (11 Disember) dan Singapura (20 Disember) untuk peringkat kumpulan serta aksi separuh akhir dan akhir seandainya layak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram