TINDAKAN seorang pemandu bas membantu mengalirkan air banjir di sebuah kawasan baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, pemandu tersebut dilihat membersihkan kawasan tersumbat yang menghalang air daripada mengalir ke bawah tanah.
Dia juga bertindak pantas mencucuk longkang yang tersumbat itu dengan sebatang kayu sehingga air banjir surut.
BACA LAGI: 'Jangan takut gagal', remaja 16 tahun gigih tulis, sampaikan 101 ucapan berani cabar potensi diri
BACA LAGI: Pustakawan patut dianggap barisan hadapan, anak jati Tenom teroka ragam, kelebihan perpustakaan
Meskipun usaha itu mungkin dilihat kecil, tetapi tetap memberi impak besar terhadap pengguna jalan raya ketika itu.
Jika tiada sebarang tindakan dilakukan pastinya ia menjejaskan pengguna untuk melalui kawasan banjir.
Justeru, rata-rata warga maya menzahirkan kesyukuran dan kelegaan melihat situasi tersebut.
Tidak lupa juga ada yang berterima kasih kepada individu terbabit kerana membantu memudahkan urusan orang lain.
"Terima kasih orang baik, abang dah selamatkan satu kawasan daripada banjir yang terduga nanti. Saya doakan rezeki baik abang sentiasa mengalir macam mengalirnya air zam zam yang tak putus," ucap @PaehX.
"Kita dikirimkan hero dengan pelbagai cara tanpa kita sedari. Tuhan Maha mengetahui segala yang berlaku," komen @mrazrin.
"Nampak mudah tapi benda-benda kecil inilah yang tolong kita masuk syurga," luah @naanurra. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram