KEADAAN cuaca tidak menentu dengan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sejak kebelakangan ini semakin menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat.
Situasi tersebut juga membuatkan orang ramai cemas apabila Kuala Lumpur ditenggelami air berikutan hujan lebat pada Selasa.
Ia sekali gus menjejaskan pergerakan penduduk terutamanya yang perlu ke tempat kerja menggunakan kenderaan di jalan raya.
BACA LAGI: Rasa kejang perut, letih melampau boleh jadi antara 6 tanda awal hidap kanser usus besar
Ada yang tidak setuju WFH dilakukan kerana ia menyukarkan ibu bapa. — Gambar hiasan/The Star
Susulan itu, ada yang mendesak pihak syarikat dalam sektor kerajaan mahupun swasta untuk melaksanakan kembali sistem bekerja dari rumah atau work from home (WFH).
Mengulas lanjut, pengguna akaun X @Injang_Nation menggesa agar pihak tersebut dapat mempertimbangkan cadangan itu demi kesejahteraan pekerja.
"Musim banjir sana sini, apa kata benarkan WFH semula. Sektor kerajaan, swasta, yang mana yang boleh WFH tu bagi WFH.
"Kurang kesesakan atas jalan. Kurang risiko kemalangan jiwa dan kenderaan tenggelam atau kena timbus tanah runtuh. Nanti dah baik, kerja la macam biasa semula," katanya.
Cadangan itu bagaimanapun tidak diterima baik oleh sesetengah warga maya kerana beranggapan bahawa ia boleh menyukarkan golongan pendidik dan ibu bapa.
"Kalau cikgu sekolah WFH, murid kena Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah atau PdPR, nanti ibu ayah pening urus anak di rumah," komen @MegiKariTeloQ.
Ia juga disokong oleh beberapa warganet lain yang melihat perkara itu sering disalahgunakan oleh sesetengah pekerja.
"WFH boleh. Tapi rakyat Malaysia ramai tak jujur. Sebab tu WFH majikan tak nak," komen @printingys. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram