KELANTAN Warriors memulakan kempen Sepak Takraw League (STL) GP Penang dengan langkah kiri apabila mereka tewas kepada PDRM Defenders.
Persembahan pasukan Pantai Timur itu dilihat tidak begitu baik dengan mereka terpaksa tunduk kepada kekalahan straight set 11-15, 15-17.
Walaupun memberikan persembahan lebih baik pada set kedua, namun ia tidak dapat menghalang mereka daripada memulakan kempen di Spice Arena, Pulau Pinang dengan baik.
BACA LAGI: [VIDEO] STL 2024: 3 resipi termasuk tanpa sentuhan import bikin KL Thunder sukar dicabar
BACA LAGI: Format GP STL: Pengurusan kelab kena bijak — Mohsen
Melihat kepada kekalahan tersebut, rata-rata penyokong Kelantan Warriors kecewa akan persembahan pemain tekong mereka iaitu Worapat Kaewtawatwiset.
Persembahan tekong dari Thailand itu dilihat tidak begitu menjadi dengan tiada kepelbagaian servis hingga gerakannya mudah dibaca oleh PDRM Defenders.
"Penatlah tekong Siam ni, servisnya selalu batal saja. Sudahlah servisnya tiada variasi langsung, jurulatih pun tak ada idea nak bagi arahan kepada tekong nak servis ke mana. Kesian depat apit kiri dan kanan, kedua-duanya main bagus, tapi tekong tak membantu," kata Mohd Amran.
"Tekong Kelantan ni servisnya banyak kali kaki tak angkat," ujar Muzzakir Sallih.
"Jurulatih buat apa? Tekong dah banyak kali servis batal pun masih tak nak tukar dengan tekong lain," pertikai Wan Muhammad Faris.
Kelantan Warriors akan berdepan Selangor Pistons pada Khamis dengan perlawanan dijadualkan pada 4.30 petang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram