Lama sebelum bertemu Harimau Malaya, bek otai New Zealand pernah cuba nasib di Pahang


  • Podium
  • Selasa, 15 Okt 2024

Boxall (atas, kanan) berada dalam kesebelasan utama ketika New Zealand berdepan Harimau Malaya pada Isnin. — Facebook/FAM

KUALITI dimiliki New Zealand sememangnya sukar dibendung skuad kebangsaan ketika kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi persahabatan di negara Ocenia itu pada Isnin.

Jentera serangan yang turut dibarisi penyerang Nottingham Forest, Chris Wood terlalu hebat untuk dikekang apabila mereka mudah menjaringkan empat gol yang semuanya hadir pada babak kedua.

Namun, kredit juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan skuad All Whites yang cukup ampuh dalam menyekat serangan Harimau Malaya di Stadium North Harbour, Auckland.

BACA LAGI: Syamer Kutty hormati semua lawan, nafi label Pahang sebagai 'lubuk'

BACA LAGI: Bukan salah team, bekas coach Pahang cipta nama bantu kelab Australia layak ke AFC

WhatsApp Image 2024-10-15 at 10.47.32 AM

Boxall merupakan salah seorang tonggak utama New Zealand ketika ini. Agensi

Salah seorang daripada pemain yang diturunkan ketua jurulatih New Zealand, Darren Bazeley ialah Michael Boxall yang cukup berpengalaman bersama beberapa pasukan di negara kelahirannya serta Amerika Syarikat.

Malah, ketika ini, pemain berusia 36 tahun terbabit menjadi watak penting buat Minnesota United FC yang berada di kedudukan ketujuh Major League Soccer (MLS) Western Conference.

Tetapi, apa yang menarik mengenai bek tengah tersebut adalah kerana dia memiliki hubungan yang sedikit tegang dengan arena bola sepak tanah air memandangkan pemain berkenaan pernah 'dihalau' Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Walaupun tiada catatan tepat berkaitan perkara itu, sebahagian besar penyokong pasukan berkenaan masih mengingati momen Boxall menyertai sesi percubaan bersama kelab Pantai Timur terbabit.

WhatsApp Image 2024-10-15 at 10.19.53 AM

Boxall (kiri) semasa menjalani tempoh percubaan bersama skuad Tok Gajah. Tok Gajah Forever

"Ada orang tak percaya apabila aku kata pertahanan New Zealand, Michael Boxall pernah dihalau PBNP satu ketika dahulu. Inilah masalahnya, apabila anda memaksa diri meminati bola sepak tanpa mengetahui (lanjut).

"Bukan setakat Michael Boxall yang pernah dihalau PBNP selepas dia datang percubaan pada musim 2013, tapi lebih daripada itu, bekas Pengarah Teknikal Australia, Atuk Ronald Smith turut dihalau PBNP selepas tiga bulan bersama pasukan Pahang.

"Kalau Pengarah Teknikal Australia pun semacam je kena hambat dengan kayu, apalah sangat Michael Boxall yang berusia 23 tahun pada masa tu," kata seorang penyokong menerusi akaun Facebook Panthera Tigris Jacksoni.

Bukti kepada kehadiran Boxall di skuad Tok Gajah dapat disaksikan ketika dia menyarung jersi pasukan itu pada 2013, namun tiada catatan mengenai penglibatannya bersama pasukan itu secara rasmi.

Namun, ini menunjukkan Pahang pada ketika itu sudah menghidu bakat dan kebolehan dimiliki pertahanan kental berkenaan yang kini berada di tahap tersendiri di peringkat kelab mahupun antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram