BEKAS pertahanan Harimau Malaya, Muslim Ahmad dikhabarkan akan kembali beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2024/2025.
Berita baik itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X pada Rabu.
Menurutnya, bek tengah berusia 35 tahun itu difahamkan bakal menyertai salah satu pasukan Liga Super tidak lama lagi.
BACA LAGI: Pengurus Penang Black Panthers kongsi 'taktik' kekang libasan, rejaman KL Thunders
BACA LAGI: Aksi GP Perak paling mendebarkan, 2 pasukan 'jodoh kuat' kali ketiga bertemu
Muslim Ahmad dijangka bakal menyertai Kelantan Darul Naim bagi membantu benteng pertahanan pasukan itu.
"Anggota emas skuad Piala Suzuki AFF 2010 bakal melakukan kemunculan semula, pemain berstatus ejen bebas itu akan menyertai sebuah pasukan Liga Super," katanya.
Meskipun tidak mendedahkan nama pasukan namun ramai penyokong beranggapan bahawa pertahanan berketinggian 1.82 meter itu akan menyertai salah satu pasukan Pantai Timur.
Dalam pada itu, Kelantan Darul Naim FC antara kelab yang kini disebut-sebut oleh penyokong tanah air.
Jika melihat kepada rekod Kelantan dalam saingan Liga Super, pasukan itu dilihat amat memerlukan individu yang boleh beraksi dengan cemerlang di bahagian pertahanan selepas meraih bolos terbesar iaitu 27 bolos.
Muslim yang berpengalaman dalam kancah bola sepak tanah air dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk membuat kemunculan semula sekiranya menyertai Sang Kijang Emas itu.
Bagaimanapun, tidak mustahil pemain kelahiran Terengganu itu bakal beraksi kembali bersama Tok Gajah meskipun dilepaskan musim lalu.
Untuk rekod, beraksi bersama Sri Pahang, Muslim pernah diberi tugas untuk memakai lilitan kapten dan sudah mencurahkan bakti selama lima tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram