TONGGAK utama Penang FC, Syamer Kutty Abba tampil menafikan kenyataan yang dia seolah-olah memandang rendah kekuatan Sri Pahang FC menjelang perlawanan menentang Harimau Kumbang pada 20 Oktober ini.
Menerusi satu ruangan komen di laman Facebook, Syamer Kutty memberitahu bahawa dia sama sekali tidak pernah melabel skuad Tok Gajah sebagai 'lubuk' sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah media tempatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Rembatan Baddrol, hatrik 'assist' Hidalgo antara yang pernah menghantui JDT
BACA LAGI: Malukan kelab China, Arif Aiman atasi CR7 siap bantu JDT kaut RM400,000
"Aikk???? Bila saya cakap lubuk," komen ringkas daripada Syamer Kutty.
Reaksi pantas itu dimuat naik selepas Syamer Kutty dilaporkan tekad mahu menjadikan pertemuan berdepan Sri Pahang dalam saingan minggu ke-12 Liga Super sebagai lubuk kemenangan di laman sendiri pada 20 Oktober nanti.
Berdasarkan laporan dalam artikel dikeluarkan Astro Arena, Syamer difahamkan berkata, bermotivasi untuk meraih kemenangan ke atas Tok Gajah selepas tewas 2-4 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC.
Syamer berkata, jaringan awal seawal minit ketiga yang dihasilkan Adib Ra'op itu menjadi punca kelalaian dia bersama pasukannya sekali gus dihukum dengan empat jaringan selesa skuad The City Boys.
Tangkap layar komen Syamer Kutty mengenai pertemuan menentang Sri Pahang. — Facebook/PenangFC
'Kita semestinya kecewa selepas 11 perlawanan dan hanya meraih dua kemenangan. Itu perkara yang bukan untuk dibanggakan.
"Hal ini kerana, bukan sekali dua keadaan kami terleka dan itu membuatkan kami perlu membayar harga yang mahal apabila tewas.
"Jika saya jadi penyokong pasti saya akan bertanya 'apa masalah' kerana ini adalah hak mereka sebagai penyokong untuk diberikan kemenangan. Tetapi selepas kekalahan ini, ia adalah perkara yang mengecewakan," katanya memetik laporan itu.
Prestasi skuad Harimau Kumbang kini ibarat 'yoyo' susulan aksi tidak konsisten ditampilkan dalam perlawanan dengan setakat ini hanya meraih dua kemenangan sahaja, lima seri dan empat aksi lagi tewas.
Kekalahan di tangan skuad Warga Kota menyaksikan Harimau Kumbang berada di kedudukan ke-10 liga dengan 11 mata dan Harimau Kumbang berpeluang meraih tiga mata ketika berdepan Sri Pahang FC pada 20 Oktober. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram