SABAH FA terpaksa menelan pahit sekali lagi selepas tewas buat kali kedua dalam Kumpulan A saingan Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL) bagi musim 2024/2025.
Dalam perlawanan pertama sebelum ini, Sabah FA terpaksa berputih mata apabila tewas 0-3 kepada Incheon Red Angles sebelum dibelasah 0-7 oleh Wuhan Jiangda pada Ahad.
Pasukan tuan rumah enggan memberi peluang kepada Sabah untuk mencetak sebarang gol dengan mengawal ketat jentera serangan skuad kendalian Justin Ganai itu.
BACA LAGI: Fans mula bercerita sesama sendiri, spekulasi misteri kehilangan striker berbisa Sabah
BACA LAGI: Ada 'jodoh kuat' dengan pasukan Utara, Selangor Pistons ada kejutan di GP Perak
Pasukan tuan rumah, Wuhan Jiangda enggan tunjuk belas kesian apabila belasah Sabah FA dengan keputusan 0-7. — Facebook/Sabahfa
Nurul Azurin Mazlan terus menjadi mangsa belasahan skuad Wuhan susulan menerima percubaan bertubi-tubi pasukan tuan rumah.
Benteng pertahanan yang diterajui oleh kapten Malayan Tigress, Steffi Sarge Kaur sepertinya rapuh apabila membenarkan tujuh gol menembusi pintu gawang Sabah.
Meskipun gagal mencetak sebarang jaringan dalam perlawanan tersebut namun penyokong Sabah tetap memberikan sokongan dan dorongan buat pasukan yang berpangkalan di Borneo itu.
Menurut mereka, bermain di pentas Asia merupakan pengalaman yang paling berharga sebagai seorang pemain bola sepak.
"Jangan putus asa Sumandak Sabah, jadikan ini sebagai pengalaman berharga, sudah cukup baik sampai tahap Asia," kata Kamaruddin Abidin.
"Bukan senang nak sampai peringkat Asia, dapat main kira cukup baik dan membanggakan, come on Sumandak, jangan putus asa,"kata Henry Silingin Mogiol.
"Berjaya masuk AWCL pun sudah cukup bagi Sabah untuk Malaysia, ini satu kejayaan dan peningkatan, biasalah baru pertama kali layak, belum terbiasa jangan putus asa Sumandak,"kata Tetap Bertahan.
"Teruskan perjuangan bukan senang untuk sampai tahap ini, mantap Sabah tetap padu," kata Wan Den.
Selepas ini, Sabah FA akan berdepan cabaran pasukan terakhir dalam Kumpulan A, Abu Dhabi Country Club pada 9 Oktober nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram