SKUAD bola sepak wanita Sabah FA memulakan kempen di Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL) musim 2024/25 dengan langkah kiri apabila tewas 0-3 kepada wakil kelab Korea, Incheon Red Angels.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hakou Culture, Wuhan, China itu menyaksikan pintu gawang Sabah FA gagal dikawal kemas oleh penjaga gol, Azurin Mazlan.
Malah, benteng pertahanan Sabah FA yang diketuai kapten Malayan Tigress, Steffi Sarge Kaur nyata kurang memberi impak positif apabila membenarkan tiga gol terhasil dari wakil kelab Korea itu.
BACA LAGI: Ada 'jodoh kuat' dengan pasukan Utara, Selangor Pistons ada kejutan di GP Perak
BACA LAGI: [VIDEO] Kedudukan jatuh mendadak, bekas tekong Thailand dirindui saat regu Johor Tigris tak menjadi
Sabah FA tewas kepada wakil kelab Korea Selatan dengan keputusan 0-3. — Facebook/Sabahfa
Susulan kekalahan itu, ramai 'ekor' Sabah FA mula mencari kelibat penyerang import Myanmar, Win Theinge Tun yang pernah membantu Sabah mencetak dua gol berdepan PFC Nasaf wakil kelab dari Uzbekistan sekali gus berjaya melepasi pusingan awal Kumpulan C Ogos lalu.
"Kehilangan Win dalam pasukan sangat memberi impak di bahagian serangan, nampaklah pemain sukar nak ledak gol," kata Ben N Gwen.
"No Win no party, jentera serangan Sabah FA nampak tumpul kalau tiada import Myanmar itu, susah betul mahu cetak gol," kata Tira Ira.
"Mana pemain yang tolong Sabah skor lawan PFC Nasaf itu? Tiada dia main terus tumpul serangan Sabah," kata Tira Ira.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa kehilangan import berbisa itu disebabkan masalah Visa.
"Kalau bukan masalah Visa sudah tentu penyerang Myanmar itu dapat main," kata Sounes Michael.
"Masalah Visa si Win ni tidak kena urus awal-awal, sebab itu tidak boleh main," kata Hill Villa.
Selepas ini, Sabah FA akan berdepan cabaran pasukan Wuhan Jiangda pada 6 Oktober dan Abu Dhabi Country Club (9 Oktober) dalam Kumpulan A. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram