PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sekali lagi menerima tumpuan dunia selepas pemimpin ternama itu kelihatan hilang arah ketika bertemu Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni di Puglia, Itali.
Dalam satu video yang kini tular di media sosial, presiden berusia 81 tahun itu pada awalnya dilihat memberikan tabik hormat ketika menerima kunjungan Meloni dalam majlis peringatan Pendaratan Normandy, atau lebih dikenali sebagai D-Day.
Acara itu dimeriahkan dengan pertunjukan pendaratan payung terjun oleh anggota tentera dengan pemimpin dunia kelihatan cukup teruja dengannya.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki dituduh mengintai, cuba ambil gambar dari bawah pintu tandas wanita di Batu Pahat
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Persona sambil pegang objek serupa pistol ditahan bersama pedang di Kuala Terengganu
Namun, tidak lama selepas itu, Biden secara tiba-tiba berjalan seorang diri dan meninggalkan sekumpulan manusia yang berada di tanah lapang ketika pembukaan majlis tersebut.
Lebih memalukan lagi, kelakuannya berkenaan menerima respons Meloni yang bertindak menariknya daripada terus berjalan tanpa hala tuju.
Biden kemudiannya kelihatan seperti sedia kala apabila dia tersenyum bersama pemimpin yang lain, termasuk Presiden England, Rishi Sunak dan Meloni sendiri.
Ia bukan kali pertama presiden ke-46 AS itu berkelakuan sedemikian kerana dia sebelum ini pernah terjatuh dengan orang ramai berasakan usianya memainkan peranan.
Selain itu, dia pernah menerima perhatian antarabangsa selepas memberikan tabik hormat kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.
Meskipun tidak mendedahkannya secara umum, Biden dilaporkan mengalami penyakit dementia atau nyanyuk berdasarkan usianya yang semakin lanjut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram