Benar kata penganalisis, lemah mental punca B20 kempunan ke Piala Asia


  • Podium
  • Isnin, 30 Sep 2024

Kedudukan akhir skuad B-19 kebangsaan kurang memuaskan selepas memulakan kempen dengan langkah kanan. — Facebook/FAM

HARAPAN skuad Bawah 20 Tahun (B-19) kebangsaan untuk melangkah ke kejohanan Piala Asia B-20 tidak kesampaian selepas hanya berada di kedudukan keempat Kumpulan E dalam pusingan kelayakan.

Selepas membuka tirai kempen dengan kemenangan 2-1 ke atas Oman, prestasi itu gagal diikuti dalam aksi berdepan Korea Utara dengan hanya keputusan seri tanpa jaringan disaksikan.

Lebih mengecewakan lagi, skuad kendalian Juan Torres Garrido mengalami kekalahan ketika menentang Tajikistan sebelum menutup pusingan kelayakan dengan keputusan seri 1-1 kepada Sri Lanka.

BACA LAGI: Hanya Haykal Danish paling menyerlah, skuad B-19 digesa serap semangat 'winning mentality'

BACA LAGI: 'Dulu kawan kini lawan', Bergson bakal bertemu bekas rakan sepasukan dalam aksi JDT-Shanghai Port

461604362_1236405770765990_8327311398974646055_n

Hanya lima mata direkodkan skuad B-19 negara dalam kempen kelayakan. Facebook/FAM

Ini sekali gus menyaksikan Harimau Muda hanya merekodkan lima mata dan berada di kedudukan keempat, sekali gus meranapkan impian negara untuk layak ke pertandingan itu nanti.

Kegagalan berkenaan pasti dirasai penyokong yang amat yakin dengan potensi 'ubi muda' negara dengan masing-masing memiliki potensi untuk membawa skuad muda kebangsaan ke tahap lebih tinggi.

Bagi mereka, kelemahan paling ketara dapat disaksikan dalam skuad B-19 kebangsaan adalah dari segi mentaliti kerana mereka gagal bangkit susulan kekalahan di tangan Tajikistan.

"Kita bermula dengan baik, tetapi selepas berdepan Tajikistan, mental terus 'koyak' kerana dibolosi pada minit-minit akhir. Insya-ALLAH permainan sudah bagus, cuma isu penyudah perlu diselesaikan," kata Mohamad Firdaus.

461050527_1230839104655990_8241074602676517915_n

Kelemahan pasukan perlu diatasi dalam pertandingan akan datang. Facebook/FAM

"Mental pemain 'koyak rabak', perlawanan akhir berdepan Sri Lanka pun tak memuaskan," kata Baharin Kamaruddin.

"Lemah selemah-lemahnya, pilih dari pemain terbaik kononnya, tetapi tahap masih kurang meyakinkan. Apa yang kita nak harapkan anak tempatan untuk bermain dalam Harimau Malaya, tetapi pusingan kelayakan pun tak lepas. Lemah mental dan fizikal, menyedihkan," kata Faizal Faizal.

Sebelum ini, pemerhati bola sepak negara, Prof Madya Zulakbal Abd Karim menegaskan mentaliti pemain skuad B-19 negara perlu kental selain bijak menyerap tekanan.

Menurutnya, bantuan perlu diberikan pakar psikologi untuk mempersiapkan pasukan meskipun membuka tirai pusingan kelayakan dengan kemenangan ke atas Oman dan seri ketika berdepan Korea Utara.

Jadi, peringatan diberikannya itu boleh dikatakan turut diakui penyokong yang juga mengakui kelemahan dari segi psikologi menghalang skuad muda kebangsaan untuk mara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram