AKSI mendebarkan menanti Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite 2024/25 apabila mereka bakal berdepan kelab China, Shanghai Port pada Rabu.
Pengalaman skuad Harimau Selatan dalam pertandingan peringkat Asia sudah tentu diharapkan dapat membantu pemain berada di tahap terbaik dalam perlawanan berkenaan.
Tetapi, prestasi lawan mereka itu tidak boleh dipandang remeh dengan skuad kendalian Kevin Muscat tersebut berada di kedudukan teratas Liga Super China.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Semua yang tengok boleh nilai sendiri', Akmal Rizal 'puji' persembahan pengadil JDT-Penang
BACA LAGI: Awas JDT, bekas pemain Liverpool, Chelsea, Arsenal menanti anda di ACL Elite
Oscar merupakan bintang utama Shanghai Port sejak menyertai kelab itu tujuh tahun lalu. — Agensi
Malah, kehadiran bintang utama pasukan, Oscar juga mendatangkan kerisauan dalam kem JDT memandangkan pemain itu pernah beraksi di tahap lebih tinggi.
Pengalamannya beberapa musim di Eropah bersama Chelsea menjadikannya antara pemain paling bernilai di negara tersebut sejak menyertai Shanghai Port pada 2017.
Selain itu, pemain yang sudah berusia 33 tahun berkenaan pernah diberikan pendedahan berbeza di peringkat antarabangsa apabila diberikan peluang mewakili Brazil sebanyak 48 kali.
Bagaimanapun, ramai kurang tahu bahawa Oscar pernah beraksi di samping bintang JDT iaitu Bergson da Silva ketika mereka beraksi dalam skuad Bawah 20 Tahun (B-20) Brazil.
Perkara itu disedari orang ramai yang berkongsi sekeping gambar memaparkan kedua-dua pemain itu berada di samping satu sama lain sebelum perlawanan dimulakan.
Bergson (bawah, kiri) di samping Oscar (kanan) dalam skuad B-20 Brazil pada 2010. — Agensi
Meskipun orang ramai tidak dapat mengenal pasti aksi berkenaan, peluang Bergson beraksi di samping pemain Shanghai Port itu sudah cukup untuk menimbulkan keterujaan.
"Orang ramai pasti sengaja tunjukkan gambar Oscar di situ bersama Bergson. Dapatlah dia jumpa bekas rakan sepasukannya malam ni, memang terbaik," kata Mohd Syazwy Azwy.
"Mantap juga rupanya Bergson ni kerana pernah beraksi bersama Oscar dalam skuad B20 Brazil," kata Ami Ayoi.
"Dulu kawan, sekarang dah jadi lawan. Harapnya Bergson bolehlah skor malam ni untuk berikan kemenangan buat JDT dalam ACL Elite," kata Joan Jalil.
Untuk rekod, Bergson pernah mewakili skuad belia Brazil sebanyak dua kali dengan ia menaikkan lagi namanya sebagai seorang penyerang di negara Amerika Selatan itu.
Bagaimanapun, persaingan hebat menyaksikannya sukar membuktikan kebolehan sebenarnya sehingga menyaksikannya terpaksa menyertai beberapa kelab di liga tersebut.
Kebolehan sebenarnya akhirnya dapat disaksikan selepas pemain berusia 33 tahun tersebut menyertai skuad Harimau Selatan pada 2021 dengan dia kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat kelab Selatan tanah air itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,