KELAB Liga Super, Negeri Sembilan FC mengalami kesukaran untuk bersaing musim ini apabila mereka sering terperangkap dengan isu prestasi.
Skuad Jang kini menduduki tangga ke-12 dengan lima mata daripada 10 perlawanan dengan isu ketumpulan serangan menjadi permasalahan utama mereka.
Kini, mereka cuba mengatasi masalah tersebut dengan mendapatkan penyerang baharu iaitu Ricardo Pires.
BACA LAGI: Skuad Jang terima nafas baharu, bekas tonggak KL City disebut dalam radar NSFC
BACA LAGI: Sabah FC, NSFC dan Pantai Timur perlu bertindak segera berebut khidmat Kalamullah
Penyerang veteran berusia 37 tahun itu disambar Negeri Sembilan untuk menggantikan Mika Junco yang dilepaskan selepas tidak beraksi baik buat mereka.
Pires sebelum ini beraksi di saingan divisyen dua Thailand bersama-sama Kasertart FC.
Usianya mungkin menjadi pertikaian kerana Negeri Sembilan mengambil pemain yang menghampiri lingkungan 40-an, tetapi perhatian penyokong Negeri Sembilan terarah kepada ketinggiannya.
Sebagai rekod, Pires berketinggian 1.88 meter dan itu menjadinya seorang penyerang tinggi lampai yang pasti sukar untuk pertahanan mengawalnya.
Ketinggian yang dimiliki oleh Pires itu membuatkan penyokong Negeri Sembilan terkenang semula dengan bekas bintang import mereka iaitu Christian Bekamenga dan Jean Emmanuel Effa Owona.
Kedua-dua bekas penyerang Negeri Sembilan itu mempunyai ketinggian masing-masing 1.85 meter dan 1.90 meter.
Dengan Pires berpeluang untuk beraksi menentang Kelantan Darul Naim FC pada Jumaat, ramai penyokong skuad Jang mengharapkan dia akan menyerlah sama seperti dua bekas penyerang import itu.
"Boleh tahan runjai (tinggi), 1.90 meter ada ni. Hantar bola tinggi depan gol boleh jaringkan terus macam Jean Effa Owona," kata penyokong bernama Faizal Rahim.
"(Harap) roh Zlatan Ibrahimovic meresap ke dia," komen Khairul Anwar.
"Harapnya handal macam Effa Owona atau Bekamenga, lagi cun," ujar Huzairi Hamdan mengharapkan Pires tidak menjadi flop. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram