DALAM perlawanan bola sepak, apa saja boleh berlaku. Daripada jaringan yang cantik, rembatan deras yang menggegar palang atau terjahan keras menyakitkan pihak lawan.
Tetapi, boleh juga berlaku detik-detik yang tidak dijangka yang kadang kala boleh menimbulkan rasa lucu dalam diri kita.
Sebagai contoh di Thailand, ketika dalam sebuah perlawanan bola sepak, seorang pemain telah terpaksa menanggung malu yang terlalu dalam kerana perbuatan sendiri.
Tular di Facebook apabila sebuah rakaman dari tempat duduk penyokong menyaksikan seorang pemain yang menyarung jersi berwarna merah sedang ingin menyerang pihak lawan berjersi hijau.
BACA LAGI: 'Dua penalti, kad merah', keputusan tepat pengadil Malaysia warnai game Iraq-Vietnam
Saat bola menghampiri tepi kotak penalti, pemain berjersi merah itu cuba mendapatkan bola tersebut supaya serangan masih terus hidup. Namun apa yang terjadi selepas itu telah menconteng arang di mukanya.
Hal ini kerana, saat dia sedang cuba mendapatkan bola tersebut, dia tersadung dengan kakinya sendiri betul-betul di depan pemain lawan berjersi warna hijau itu.
Detik itu nyata mengundang rasa gelak ketawa penyokong yang memenuhi BG Stadium, gelanggang rasmi BG Pathum United itu. Pemain tersebut kemudiannya bangun lalu menyalahkan lawannya yang langsung tidak menyentuhnya.
BACA LAGI: ‘Bagi dia banyak minit’, Selangor diminta gilap bakat lepas lanjut kontrak ubi muda
Akibat terlalu malu, dia mungkin mula menjadikan lawannya sebagai 'kambing hitam' untuk sedikit sebanyak dapat mengalihkan perhatian para penonton daripadanya.
Namun begitu, usahanya tidak berhasil dan pemain itu terus mendapat menjadi gelak ketawa setiap penyokong yang hadir ke stadium. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram