'Dalam masa terdekat', isu tunggakan gaji Kedah akan diketahui, tak mustahil senasib Kelantan


  • Podium
  • Khamis, 01 Feb 2024

Nasib Kedah Darul Aman kini bakal ditentukan oleh pihak MFL. — Kedah Darul Aman FC

MASALAH gaji dengan pasukan Liga Super ibarat irama dan lagu, malangnya ia menghasilkan bunyi sumbang. Setiap musim, pasti akan pasukan yang terpalit dengan permasalahan ini dan ia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir.

Sebelum ini, pasukan Pantai Timur, Kelantan FC telah menerima hukuman berat diatas kegagalan mereka dalam menguruskan hal kewangan melibatkan para pemain dan pegawai.

Mereka disingkirkan daripada Liga Super dengan liga yang boleh menerima mereka ketika ini cumalah saingan Liga M3.

Kini, dijangka akan ada satu lagi pasukan bakal menerima nasib sama seandainya tiada perkembangan positif berkenaan permasalahan gaji yang dialami mereka.

BACA LAGI: Sedia 'on loan', jangan biarkan Selangor, Pahang atau Kuching penuhi demand Haqimi Azim

411263601_396421556072361_2057444259325516037_n

Para pemain Kedah sudah tidak menerima gaji selama empat bulan. — Kedah Darul Aman FC

Ia ekoran kelab Utara, Kedah Darul Aman FC berpotensi untuk menerima nasib yang sama seandainya mereka tidak menyelesaikan isu tunggakan gaji para pemain selama empat bulan.

Sang Kenari dilaporkan diberi tempoh sehingga 31 Januari untuk menyelesaikan perkara tersebut. Kini, tarikh ajal yang diberikan telah pun tamat, namun masih belum ada perkembangan positif mengenai isu tersebut.

Jika tiada sebarang perubahan, Kedah boleh berdepan hukuman keras daripada pihak Malaysian Football League (MFL) sama ada dikenakan sekatan perpindahan, potongan mata atau lebih teruk dihumban keluar daripada Liga Super.

Buat masa sekarang, badan penganjur liga itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai situasi dialami Kedah.

BACA LAGI: ‘What a city’, ramai spekulasi Beckham datang KL, fans Indonesia harap melawat sama

Begitupun difahamkan, nasib Kedah bergantung kepada keputusan bahagian pelesenan MFL yang sedang memperhalus situasi mereka dan satu kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Selain daripada Kedah, terdapat sebuah pasukan Lembah Klang yang turut mengalami situasi sama namun begitu tiada khabar berita mengenai tindakan akan diambil terhadap mereka.

Pasukan Lembah Klang itu juga dilaporkan mengalami permasalahan gaji selama empat bulan dan ia turut terkesan kepada pasukan bawah umur mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram