Terperangkap di orbit, 2 angkasawan AS kongsi pengalaman bau angkasa ketika bertahan di ISS


  • Massa
  • Ahad, 22 Sep 2024

Dua angkasawan yang masih terkandas di angkasa dan dijangka akan dibawa pulang pada 2025. — Agensi

PERNAHKAH anda membayangkan bagaimana angkasawan menjalani kehidupan sejauh 400 kilometer (km) di atas bumi?

Berada di angkasa lepas tanpa daya graviti sedikit sebanyak membataskan pergerakan terutamanya dalam melakukan aktiviti harian seperti mandi, makan, bersenam dan tidur.

Sama seperti yang berlaku kepada dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa menghabiskan masa tambahan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas meninggalkan bumi sejak Jun lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Elak risiko, teknologi dron bantu pihak berkuasa buat operasi kawalan mencabar

BACA LAGI: 'Tak pernah MC sepanjang 27 tahun di Malaysia', Abu Bakar jadi pekerja contoh, kini sudah pulang ke Bangladesh

skynews-nasa-suni-williams_6656873

Suni (kiri) dan Butch (kanan) ketika mahu berlepas di angkasa pada Jun lalu. — Agensi

Disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal pada kapal angkasa Boeing Starline dan tidak selamat untuk diterbangkan semula ke bumi, Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menangguhkan kepulangan Suni Williams dan Butch Wilmore sehingga Februari 2025.

Berbekalkan rangkaian internet, kedua-dua angkasawan itu sempat mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati detik berharga itu.

Menganggap ISS sebagai 'tempat gembira', mereka kini berkongsi ruang yang mempunyai enam bilik tidur dengan sembilan kakitangan lain.

Beritahunya kepada BBC News, tiga bekas angkasawan mendedahkan rahsia dua angkasawan terperangkap di ISS mengharungi hidup di orbit.

Seorang bekas angkasawan AS dengan NASA, Nicole Stott yang pernah menghabiskan 104 hari di angkasa untuk dua misi pada 2009 dan 2011 berkata, mereka perlu bangun awal kira-kira 6.30 pagi setiap hari.

6296415373423132659

Cara angkasawan tidur di dalam ruang kecil di dalam ISS. — Agensi

Nicole berkata, petak-petak itu disediakan sistem komunikasi melalui komputer riba supaya dapat berhubung dengan keluarga dan mempunyai sudut khas untuk menyimpan barang peribadi seperti gambar atau buku.

Bagi urusan untuk pembersihan pula, angkasawan kemudiannya perlu menggunakan bilik mandi dalam ruang kecil dengan sistem sedutan.

Menurutnya, biasanya peluh dan air kencing dikitar semula menjadi air minuman tetapi, kerosakan pada ISS bermakna dua angkasawan perlu menyediakan tempat penyimpanan untuk membuang air kecil atau besar untuk beberapa minggu.

Tambahnya, ISS mempunyai makmal khusus untuk melakukan eksperimen dan kajian terhadap para angkasawan.

"Mereka perlu memakai pemantau kesihatan jantung, otak dan darah bagi mengukur tindak balas terhadap persekitaran fizikal yang berbeza dengan di bumi.

"Angkasa mempercepatkan proses penuaan dan mengurangkan kekuatan tulang dan otot, para saintis boleh belajar perkara itu," katanya.

6296415373423132658

Chris Hadfield. — Agensi

Menurut angkasawan dari Kanada, Chris Hadfield yang pernah terlibat dalam misi Ekspedisi 35 pada 2012 hingga 2013, mereka digalakkan untuk kekal aktif bergerak atau terapung ke sekeliling ruang, menulis lirik muzik, mengambil gambar atau menulis surat kepada anak-anaknya.

Chris berkata, ada sesetengah angkasawan diarahkan untuk melakukan spacewalk di luar ISS atas tujuan memberi pendedahan baharu dan melihat keindahan orbit.

"Saya pernah melakukannya selama 15 jam dengan visor plastik tanpa ada sesiapa, hanya antara saya dan alam semesta. Saya juga dapat hidu bau angkasa besi," jelasnya yang menyifatkan baunya seperti besi.

Angkasawan British pertama yang menghabiskan lapan hari di stesen angkasa Soviet Mir pada 1991, Helen Sharman pula berkata, jika di bumi, ada terdapat banyak bau yang berbeza seperti mesin basuh pakaian atau udara yang segar.

"Tetapi di angkasa lepas hanya ada satu bau dan kami boleh menyesuaikannya dengan cepat.

"Objek yang keluar, seperti sut atau kit saintifik, dipengaruhi oleh sinaran angkasa yang kuat.

"Radiasi membentuk radikal bebas di permukaan dan mereka bertindak balas dengan oksigen di dalam stesen angkasa sekali gus mencipta bau logam," katanya.

6296415373423132656

Tiada dobi disediakan di dalam ISS dan angkasawan terpaksa menggunakan pakaian sama untuk beberapa bulan. — Agensi

Justeru, Helen mendedahkan bahawa angkasawan yang tinggal lama di angkasa perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya dua jam setiap hari dengan mesin disediakan di ISS.

Bagi urusan mencuci pakaian pula, para angkasawan terpaksa menggunakan satu pakaian untuk beberapa bulan jika terperangkap di angkasa dalam tempoh yang lama.

Meskipun begitu, pakaian mereka tetap bersih kerana baju yang terapung di permukaan badan dan kurang menyerap peluh.

"Dalam graviti sifar, pakaian terapung di badan dan ia tidak mudah kotor. Saya mempunyai sepasang seluar yang digunakan selama tiga bulan," kongsinya.

Justeru, ketiga-tiga bekas angkasawan itu beranggapan bahawa Suni dan Butch dapat bertahan dan meneruskan hidup sehingga tarikh untuk pulang ke bumi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram