JOHOR Darul Ta'zim (JDT) memulakan langkah mereka dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan baik apabila berjaya seri 2-2 bertemu wakil China, Shanghai Port pada Rabu.
Keputusan yang diraih Harimau Selatan di tempat lawan itu dianggap sebagai baik. Jika satu perkara yang JDT mahu kecewakan adalah mereka gagal mempertahan pendahuluan sebanyak dua kali diraih sepanjang aksi 90 minit.
Namun begitu, sekali lagi di pentas tertinggi, mereka boleh berbangga dengan persembahan bintang utama kelab itu iaitu Arif Aiman.
BACA LAGI: 'Dulu kawan kini lawan', Bergson bakal bertemu bekas rakan sepasukan dalam aksi JDT-Shanghai Port
Bintang Harimau Malaya itu terus mencuri tumpuan apabila berdepan lawan sukar dengan pemain sayap itu berjaya menghasilkan dua gol berdepan Shanghai.
Dua jaringan daripadanya berjaya membolehkan JDT mendapatkan mata pertama mereka di pentas Asia musim ini.
Walaupun prestasi dalam saingan Liga Super agak perlahan, tetapi Arif menampilkan persembahan terpuji dengan penyokong Harimau Selatan menanggap dia sudah 'menjajah' Shanghai Port.
"Shanghai Port dijajah oleh Arif Aiman," kata penyokong bernama Tengku Izzat.
"Gaya dribbling dah macam Lionel Messi, santai, sebab tu pertahanan Shanghai Port teragak-agak nak masuk sebab bila-bila masa Arif boleh tukar arah. Kalau gelecek laju, pihak lawan senang nak pintas bola," ujar Rezuan Mohamed.
"Mantap Arif Aiman. Nampak suap-suap (assist) tak boleh gol, cuba sendiri sajalah," komen Ahmad Safuan.
Dua gol yang diperoleh Arif itu membuatkan dia kini sudah melepasi bintang dunia, Crisitiano Ronaldo yang beraksi untuk Al-Nassr.
Ronaldo tidak menjaringkan sebarang gol pada aksi pertama kelabnya berdepan Al-Shorta dengan wakil Arab Saudi itu seri 1-1. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram