Jeneral import dilabel punca Selangor tak bawa pulang 3 mata penuh dari Thailand


  • Podium
  • Khamis, 19 Sep 2024

Meskipun Ronnie Fernandes diasak dua pemain Muangthong FC namun dia berjaya muncul wira selepas mencetak satu gol buat Selangor FC. — Facebook/Selangorfc

SELANGOR FC membuka kempen Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dengan satu mata apabil mengikat Muangthong United 1-1 pada Khamis.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Thailand itu menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil berjaya mengekang serangan yang dilancarkan oleh tuan rumah apabila tiada jaringan dicetak pada babak pertama.

Selangor yang dibarisi trio berbisa di barisan hadapan, Ali Olwan, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes pula dilihat bergelut untuk mendapatkan jaringan apabila peluang demi peluang gagal diterjemahkan dengan baik.

BACA LAGI: Benarkan 12 import, MFL jangan lupa peribahasa 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'

BACA LAGI: Prestasi jatuh menjunam lepas Olimpik, Zii Jia perlu lebih konsisten capai misi 2028

WhatsApp Image 2024-09-19 at 20.18.41

Selangor berjaya membawa pulang satu mata apabila berjaya mengikat Muangthong United. — Facebook/Selangorfc

Taktikal Nidzam membuahkan hasil apabila membawa masuk Yohandry Orozco pada babak kedua perlawanan bagi membantu mempertajamkan jentera serangan Gergasi Merah.

Kemasukan Orozco memberi impak positif apabila hantarannya berjaya disudahkan dengan baik oleh Fernandes pada minit ke-47 seali gus menyaksikan The Red Giants mendahului dengan kedudukan selesa 1-0.

Begitupun, enggan tewas di laman sendiri, Muangthong United menerusi Purachet Thodsanit berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-54.

Kedua-dua pasukan dilihat terus berusaha untuk mencari gol kemenangan namun keputusan kekal 1-1 sehingga pengadil perlawanan meniup wisel tamat aksi.

Meskipun berjaya meraih satu mata, 'pemain ke-12' Merah Kuning meluahkan perasaan tidak puas hati kepada jeneral Gergasi Merah, Noor Al-Rawabdeh yang beraksi kurang cemerlang dalam membantu bahagian tengah.

"Noor Al-Rawabdeh punca tak dapat tiga mata penuh, main fancy sangat," kata Shafiq Tarmize.

"Aku dah cakap nombor lapan tu baik keluar, teruk sangat main, coach tak nampak eh nombor lapan main syok sendiri," kata Daus Lut.

"Sayang betul coach dengan nombor lapan tu kan, main teruk pun buat-buat tak nampak," kata Akmal Rosli.

Selangor FC berpeluang menebus kekecewaan itu di Liga Super selepas ini apabila mereka bakal berdepan Terengganu FC di tempat lawan pada 28 September depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram