[VIDEO] Isu kewangan bukan alasan, kerajaan tangguh yuran pendaftaran ringan beban pelajar kurang bernasib baik


  • Primer
  • Khamis, 19 Sep 2024

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi jaminan untuk membantu pelajar miskin dan tidak berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke universiti. — Agensi

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi jaminan untuk membantu pelajar miskin dan tidak berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

Zambry berkata, arahan telah dikeluarkan kepada semua pentadbir universiti agar menerima masuk pelajar miskin dan daif, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran.

Beliau berkata sedemikian dalam kenyataan rasmi pada Khamis menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya bersama Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

BACA LAGI: Pengerusi Eksekutif GISBH dan isteri antara 19 ditahan bantu siasatan

BACA LAGI: Disiasat sebagai sindiket jenayah terancang, polis panggil CEO GISBH bantu siasatan

“Saya berkongsi video saya dengan Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu pelajar menghadapi kesukaran pendaftaran universiti terutama dari segi kewangan.

“Saya dan Asyraf telah berbincang beberapa kali sebelum ini dan kami komited untuk memastikan setiap pelajar yang mendapat tawaran berjaya mendaftar di setiap universiti,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengarahkan universiti menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan mahasiswa yang tidak berkemampuan berkenaan.

“Salah satu inisiatif PTPTN adalah menawarkan bayaran pendahuluan bagi membantu anda mendaftar sebagai pelajar baharu universiti.

“Saya telah menjelaskan bahawa saya tidak mahu mendengar kisah pelajar yang telah berjaya tetapi tidak dapat memasuki universiti.

"Berdasarkan latar belakang yang sama, saya memahami perjuangan dan kesusahan itu," katanya sambil menambah bahawa isu kewangan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Beliau berkata sekiranya timbul sebarang masalah atau isu, pelajar boleh terus menghubungi universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mendapatkan bantuan.

"Jangan bimbang tentang yuran dan sebagainya, KPT sediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar dan insya-Allah kita permudahkan segala kesukaran," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram