PENGURUS Perak Bison, Jaffrey Mohd Zainol memuji persembahan yang ditampilkan oleh tekong KL Thunder, Syahir Rosdi selepas membantu pasukannya itu muncul juara bagi Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024.
Jaffrey memuji kualiti servis yang dihasilkan oleh tekong kebangsaan itu selepas menewaskan Perak Bison 0-2 dalam perlawanan akhir GP Selangor Ahad lalu.
Libasan tajam dan kencang yang dihasilkan oleh Syahir itu dilihat enggan memberi peluang kepada Perak Bison untuk melakukan serangan balas apabila servis tersebut gagal disambut baik oleh lawan.
BACA LAGI: [VIDEO] Akur kekuatan KL Thunder, Pengurus Perak Bison pantas mengesan kelemahan utama
BACA LAGI: [VIDEO] Kuching City makin 'mengganas', bintang JDT sah perkuat The Cats
"Pendapat saya, serangan yang dihasilkan oleh Syahir itu sangat laju dan saya boleh katakan KL Thunder bermain almost perfect game.
"Kalau tengok tekong kita hanya dapat poin dari dua servis sahaja yang lain semua KL Thunder dapat pertahankan gelanggang mereka.
"Jadi, agak sukarlah untuk kita dapat advantage dan beri saingan kepada pasukan KL Thunder," katanya kepada Majoriti.
Bercakap mengenai prestasi barisan pemain Perak Bison, Jaffrey yang berusia 39 tahun mendedahkan bahawa pasukannya itu kini memiliki 'senjata rahsia'.
"Saya rasa kalau untuk minggu pertama tu memang kredit kepada Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin kerana setiap kali dia dimasukkan, dia memainkan peranan penting untuk menukar rentak permainan dan beri kemenangan kepada pasukan.
"Meor ni ibarat 'senjata rahsia' Perak Bison, kita akan turunkan dia pada set kedua untuk memberikan nafas baharu kepada pasukan. Jadi, bila kita dah turunkan Meor set kedua, kita tak risau bila diheret ke set penentuan.
"Tapi, masa GP Selangor ni, Meor kurang sihat, jadi kena turunkan dia pada penghujung perlawanan supaya dia kekal cergas. Meksipun dia kurang sihat tapi dia berjaya tampil dengan persembahan yang luar biasa," jelasnya lagi.
Libasan tekong KL Thunder, Syahir Rosdi tuai pujian pengurus Perak Bison. — Facebook/STL
Menurutnya lagi, Perak Bison kini menaruh harapan agar tekong berbisa itu kembali cergas menjelang GP Terengganu yang akan membuka tirainya pada 24 September nanti.
Bukan itu sahaja, Jaffrey turut mendedahkan bahawa terdapat perubahan taktikal yang akan dilakukan menjelang GP Terengganu.
"Kita harap Meor akan kembali cergas sepenuhnya untuk GP Terengganu ini, jadi kita akan ada perubahan dari segi taktikal nanti.
"Dalam perlawanan sebelum ini, kita turunkan import Thailand, Kritsasa Sungvung terlebih dahulu pada set pertama dan set kedua kita akan membuat pertukaran dengan membawa masuk Meor sebagai tekong.
"Jadi kemasukan dia boleh membantu pasukan untuk kembali cergas, namun mungkin ada perubahan sedikit menjelang GP Terengganu nanti," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,