MSHEIREB Properties dengan kerjasama syarikat Qatar Charity dan White Event, mengumumkan pembukaan pameran seni amal bertajuk 'Echo of Lost Innocence' yang direka khas oleh artis, Bachir Mohammad.
Karya seni itu akan dipamerkan di Barahat Msheireb di Msheireb Downtown Doha bermula 16 hingga 26 September 2024 setiap hari dari pukul 4 petang hingga 10 malam tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Pameran seni itu menampilkan lebih 15,000 'teddy bear' memakai kemeja hitam yang melambangkan nyawa kanak-kanak terbunuh sejak permulaan pencerobohan pendudukan Israel terhadap Semenanjung Gaza.
BACA LAGI : Pengerusi Eksekutif GISBH dan isteri antara 19 ditahan bantu siasatan
BACA LAGI : [VIDEO] Isu kewangan bukan alasan, kerajaan tangguh yuran pendaftaran ringan beban pelajar kurang bernasib baik
Artis Bachir Mohammad, yang membuat reka bentuk karya seni itu berkata, sebagai seorang artis dan pereka, dia percaya bahawa seni amal tersebut mampu mengingatkan dunia tentang penderitaan kanak-kanak Gaza dan menyeru tindakan untuk membantu mereka.
"Idea untuk 'Echo of Lost Innocence' tercetus daripada rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap penderitaan yang ditanggung oleh kanak-kanak di Gaza.
"Teddy bear yang dipilih kerana membawa maksud kehidupan beribu-ribu kanak-kanak yang mempunyai impian untuk berjaya dalam hidup musnah dalam sekelip mata dalam peperangan tersebut.
"Saya ingin mengingatkan dunia tentang penderitaan mereka dan menyeru tindakan untuk membantu mereka, dengan harapan pengunjung dapat menyumbang kepada perubahan positif yang nyata demi menyokong anak-anak Gaza," katanya.
Tambahnya lagi, dia memilih untuk menggunakan 'teddy bear' kerana menggambarkan zaman kanak-kanak sebagai simbol keselamatan dan kebahagiaan di seluruh dunia.
"Dengan meletakkan objek atau gambar yang melambangkan zaman kanak-kanak di atas konkrit, ia bukan sahaja mencipta kontras visual, tetapi juga menekankan betapa rapuhnya zaman tersebut dalam situasi yang penuh kekerasan.
"Melalui karya seni ini, anda boleh merangsang empati dan kesedaran tentang realiti yang dihadapi oleh kanak-kanak di Gaza.
"Ini boleh mengajak penonton untuk merenungkan bukan sahaja penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak di sana, tetapi juga tanggungjawab kita bersama untuk memastikan setiap kanak-kanak, tidak kira latar belakang atau tempat tinggal, dapat merasai zaman kanak-kanak yang selamat dan bahagia.
"Itu adalah satu pendekatan yang kuat untuk menyampaikan mesej tentang kesan peperangan terhadap kanak-kanak," jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,