'JDT pasukan terbaik', Hector Bidoglio taruh harapan tinggi, yakin tundukkan kelab China


  • Podium
  • Rabu, 18 Sep 2024

Skuad JDT dilihat sudah bersedia untuk mengharungi kempen ACLE berdepan Shanghai Port FC pada Rabu.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) yang `berwajah baharu' tampak bersedia memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila dijadual berdepan Shanghai Port FC di Stadium Pudong, Shanghai, China pada Rabu.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu tampak lebih bersedia apabila berjaya membawa masuk enam muka bahawa iaitu Jorge Obregon, Enzo Lombardo, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Park Jun-heong dan penjaga gol, Andoni Zubiaurre.

Dalam pada itu, Hidoglio mahu agar barisan pemain yang bakal diturunkan harus lebih dinamik dan beraksi dengan corak permainan berintensiti tinggi walaupun tidak menolak bakal berdepan tugas getir pada perlawanan itu nanti.

BACA LAGI: [VIDEO] Akur kekuatan KL Thunder, Pengurus Perak Bison pantas mengesan kelemahan utama

BACA LAGI: [VIDEO] Kuching City makin 'mengganas', bintang JDT sah perkuat The Cats

“Ini adalah perlawanan penting untuk kami menunjukkan bagaimana kami telah berkembang sebagai sebuah pasukan terbaik selama ini.

"Semua tahu JDT merupakan pasukan yang cukup solid malah prestasi sentiasa meningkat pada setiap musim.

"Walaupun kami mempunyai tanggungjawab besar dalam aksi ini, namun kami percaya dengan skuad sekarang yang mampu bersaing di pentas Asia," katanya.

Begitupun, Harimau Selatan dilihat perlu lebih bekerja keras untuk meraih keputusan positif kerana pasukan tersebut merupakan kelab terbaik di China selepas tidak pernah tewas 20 perlawanan dalam saingan Liga Super China.

JDT akan bermain di laman sendiri menentang Ulsan HD FC, Pohang Steelers (Korea Selatan), Buriram United (Thailand) dan Shanghai Shenhua (China).

Dalam perlawanan di tempat lawan pula, mereka akan menentang Shandong Taishan, Shanghai Port (China), Central Coast Mariners (Australia) dan Gwangju (Korea Selatan). — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram