[VIDEO] 'Semua yang tengok boleh nilai sendiri', Akmal Rizal 'puji' persembahan pengadil JDT-Penang


  • Podium
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Razlan (tiga dari kanan) menerima kritikan sinis daripada Akmal Rizal.

PENGENDALI Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dilihat tidak berpuas hati dengan persembahan pengadil ketika skuadnya tumbang 0-5 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Khamis.

Dalam aksi Liga Super yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, pengadil perlawanan Razlan Joffri Ali dilihat memberikan keputusan yang lebih memihak tuan rumah.

Ia dapat disaksikan apabila Razlan memberikan dua sepakan penalti kepada JDT yang disempurnakan oleh Bergson da Silva serta Arif Aiman.

BACA LAGI: Sedar misi mustahil lawan JDT, fans Penang rela Harimau Kumbang 'parking' feri depan gol

BACA LAGI: Pengganti Foriesteri tunjuk taring sumbat 2 gol, Arif Aiman tolak badi peroleh jaringan pertama liga

Bercakap selepas perlawanan, Akmal secara terbuka memberikan kata-kata sinis terhadap persembahan Razlan yang dianggap sebagai 'terbaik'.

Dia menganggap Razlan merupakan pengadil terbaik di Malaysia.

"Saya rasa saya tak boleh komen (mengenai persembahan pengadil) kerana Razlan adalah pengadil terbaik yang Malaysia ada jadi saya rasa tepat keputusan dia.

"Jadi, semua yang tengok boleh nilai sendiri. Saya akan sediakan pasukan yang lebih baik untuk perlawanan yang akan datang," kata Akmal sambil tersenyum.

Dalam perlawanan tersebut, tiga lagi gol JDT terhasil menerusi Oscar Arribas serta jaringan berganda bintang baharu mereka iaitu Jorge Obergon.

Aksi seterusnya untuk Penang adalah bertemu Negeri Sembilan FC pada 22 September. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram