KELAB Liga Super, Penang FC berdepan misi mustahil untuk membawa pulang walaupun satu mata apabila bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi liga pada Khamis.
Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Harimau Kumbang berdepan tugas amat sukar menumpaskan JDT yang sememangnya ampuh di laman sendiri.
JDT sememangnya cukup sukar untuk ditumbangkan terutamanya di SSI. Oleh itu, Akmal Rizal perlu menggunakan ramuan istimewa bagi memastikan pasukannya tidak kecundang.
BACA LAGI: Ramai tak perasan, bekas pemain Pahang, Kedah, Penang rupanya beraksi di Pestabola Merdeka
BACA LAGI: Tak jadi singgah Penang, Nazmi Faiz dikhabar pilih Kedah
Akan tetapi, bagaimana hendak mengatasi JDT? Sudahlah mereka tempang tanpa Syamer Kutty Abba yang tidak boleh diturunkan akibat perjanjian pinjaman dengan Harimau Selatan.
Jawapannya adalah untuk beraksi secara bertahan atau menggunakan taktikal park the bus. Pendekatan tersebut dilihat berkesan terutamanya oleh PDRM FC apabila berjaya mengikat JDT Julai lalu.
Oleh itu, penyokong Harimau Kumbang berharap agar cara sama dilakukan oleh Akmal dan Penang bagi memastikan sekurang-kurangnya satu mata boleh dibawa pulang. Dalam konteks Pulau Pinang, mereka mahu Akmal parking feri depan pintu gol.
"Parking feri pun tak apa," kata penyokong Penang bernama Norman Ismail.
"Tak harap menang, bagi seri macam PDRM pun tak apa dah. Pertahanan kena kerja keras sikitlah," ujar Syahmi Mean.
"Semoga semangat parking bas PDRM dan Indonesia (ketika kelayakan Piala Dunia) diserap dalam pemain," komen akaun bernama AK pula.
Musim ini, hanya PDRM berjaya mencuri mata daripada JDT dalam saingan liga itu pun semasa Harimau Selatan bertandang ke Selayang.
Setakat ini, masih belum ada yang berjaya mencuri mata daripada JDT apabila berkunjung ke SSI. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram