'Kalau 3 mata memang power', kepak Kenari masih percaya skuad muda Kedah mampu tumpaskan KL City


  • Podium
  • Khamis, 12 Sep 2024

Skuad muda Kedah akan dipertaruhkan ketika berdepan KL City pada Ahad.

MASA semakin sukar buat kelab Liga Super, Kedah Darul Aman FC dalam meneruskan perjalanan mereka dalam liga.

Masalah kewangan yang semakin teruk memaksa para pemain untuk memboikot latihan dan ia membuatkan pengendali iaitu Nafuzi Zain tiada pilihan.

Kedah terpaksa menggunakan barisan pemain daripada skuad B mereka untuk berdepan Kuala Lumpur City FC di Cheras pada Ahad.

BACA LAGI: Kedah hampir tutup kedai? Skuad B-23 jadi pilihan lawan lawan KL City

BACA LAGI: Enam daripada 11 tak senyum, fans Kedah sudah 'predict' awal keputusan lawan KL City

459162889_554714820243033_1083978166229129989_n

Nafuzi (kanan) berdepan cabaran sukar mencari kemenangan menggunakan skuad muda Kedah.

Penggunaan skuad kedua itu nyata memberikan isyarat yang masa memang sukar di Kedah tetapi mereka perlu mengharunginya bagi menamatkan musim.

Walaupun dibarisi pemain muda dan berkemungkinan akan berdepan cabaran sukar KL City yang menggunakan skuad utama, tetapi penyokong Kedah masih tidak mengalah dalam harapan mereka.

Mereka dilihat masih mengharap skuad muda Sang Kenari boleh mendapatkan keputusan baik berdepan skuad Warga Kota.

"Jika dapat seri dengan KL itu dahsyat, jika menang itu power kerana mereka turunkan pemain muda. Insya-ALLAH tidak mustahil tiga mata," kata penyokong Kedah bernama Boy Zairol.

"Apa pun keputusan, sebagai penyokong kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasukan," ujar Mohd Aminuddin pula.

"Tunjukkan yang pemain muda Kedah ada semangat jati diri, setanding malah lagi hebat daripada skuad senior. Teruskan semangat," komen Fadthelee Lienna.

Situasi dialami Kedah ibarat sama seperti Kelantan FC pada musim lalu hingga mereka terpaksa membariskan pemain muda hingga akhir musim akibat masalah kewangan.

Jika Nafuzi dapat membimbing barisan muda Kedah dengan baik sehingga tamat musim sambil keadaan semakin baik buat kelab, tidak mustahil Sang Kenari dapat diselamatkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram