Enam daripada 11 tak senyum, fans Kedah sudah 'predict' awal keputusan lawan KL City


  • Podium
  • Selasa, 10 Sep 2024

Pemain-pemain Kedah yang beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Malut United pada bulan lalu.

KEMELUT dalaman membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semakin meruncing apabila barisan pemain dipercayai memboikot sesi latihan sejak minggu lalu.

Tindakan memboikot sesi latihan itu sebagai isyarat kepada pihak pengurusan kelab atas kegagalan membayar gaji pemain sejak awal musim ini.

Prestasi semasa ditampilkan oleh Kedah pula dianggap sangat menyedihkan apabila gagal meraih sebarang kemenangan selepas mengharungi lima perlawanan berturut-turut.

BACA LAGI: 'Malaysia bukti sudut ranking kita bijak', Hanif Miswan setuju lonjakan mata FIFA beri kelebihan atasi Indonesia

BACA LAGI: 'Kekalkan Nidzam Jamil', fans Selangor tolak khabar angin Nafuzi Zain tinggal KDA sertai Gergasi Merah

Baru-baru ini, Kedah juga terlepas peluang untuk menjulang trofi Cabaran Nusantara selepas tewas di tangan kelab Indonesia, Malut United FC di Stadium Darul Aman pada bulan lalu.

Perlawanan ditamatkan dengan kemenangan buat Malut United menewaskan Kedah 3-1 hasil jaringan Tatsuro Nagamatsu, Victor Mansaray dan Diego Martinez.

Manakala gol Kedah pula disumbangkan oleh hasil tandukan Milos Gordic yang menyambar hantaran dari Sukhrob Nurulloev.

Namun dalam perlawanan itu, apa yang lebih menarik penyokong sejati Hijau Kuning ialah raut wajah kesebelasan utama Sang Kenari ketika ditewaskan Malut United.

Enam daripada 11 pemain dilihat tidak mampu mengukirkan senyuman tatkala ia adalah perlawanan yang melibatkan trofi meskipun suasan stadium sunyi sepi.

Melihat daripada keadaan semasa pemain itu, penyokong Sang Kenari sudah pun menjangkakan keputusan awal pasukan itu menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Cheras pada 14 September nanti.

"Muka-muka pemain sebelum ini dah tunjuk 'signal' pasukan dalam masalah, sebab itu bila kalah lawan Malut United tak hairan," kata Airil Ashraf.

"Nak lawan Kuala Lumpur macam mana? Latihan pun semua pemain dah boikot," ujar Hadi Yusoff.

"Sama-sama sangkut, beza ada yang boikot dengan tak boikot sahaja," jelas Aidit Mukhriz.

"Tak ada latihan lepas itu pergi lawan terus ke macam mana ini?" soal Fahmihakimi Fauzi.

"Kalau gaya macam ini, boleh jadi dengan KL City pun kena 0-5 dengan tak ada latihanya," luah Jafri Jimmy.

Suka atau tidak, perubahan lebih positif ditagih kini buat kem Kedah jika mereka ingin terus memberi persaingan sengit buat pasukan lawan musim ini, terutama sekali membabitkan masalah luar padang yang sedang berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram