Azizulhasni update 'resume' jadi penasihat prestasi, siap ada yang tawar hantar anak 'join' sekali


  • Podium
  • Rabu, 11 Sep 2024

Azizulhasni Awang mengesahkan tidak akan bertanding pada Olimpik 2028.

SELEPAS mengesahkan tidak akan bertanding pada temasya Olimpik 2028, pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyatakan hasrat untuk meneruskan kariernya sebagai penasihat prestasi.

Perkara itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook peribadinya pada Rabu, dengan beberapa butir diri seperti kelebihan dan pengalaman dirinya turut disenaraikan.

Menawarkan diri sebagai penasihat prestasi, perkongsian Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu meraih perhatian ramai.

BACA LAGI: Azizulhasni seperti anak, sudah pasti saya akan lakukan segalanya untuk bantu — John Beasley

BACA LAGI: Azizulhasni kena fikir masak-masak sebelum bersara, Dhabitah boleh lupakan Los Angeles 2028

Rata-rata warga maya menyuarakan sokongan penuh terhadap Azizulhasni dan lebih menarik, ada di antaranya mula menempah slot untuk menghantar anaknya bekerja di bawah pengurusan jaguh negara itu.

"Ada kosong pengurusan sukan anak saya nak join awak, Ijazah Pengurusan Sukan UiTM Shah Alam," kata Emerzin Emeel.

"Alhamdulillah semoga ALLAH kurniakan rezeki melimpah, selamat maju jaya, hope all is well buat Datuk Azizulhasni," ujar Mohd Nasir.

"Semoga maju jaya Datuk Azizulhasni, terus berjaya dalam apa juga bidang diceburi," tambah Hanis Jalil.

Terdahulu pada temasya Olimpik Paris, Azizulhasni tersingkir dalam acara keirin dalam pusingan kelayakan ekoran faktor teknikal yang sememangnya sukar diterima ramai.

Namun, pengikut setia sukan tempatan tidak menyalahkan atlet berusia 36 tahun itu yang sudah mengharumkan nama negara selama bertahun-tahun dalam dunia basikal trek.

Ini termasuk kejayaan memperoleh pingat perak dalam acara keirin ketika di Olimpik Tokyo 2020 serta emas dalam Kejohanan Dunia yang berlangsung di Hong Kong pada 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram